Pembalikan huruf dalam kalangan murid disleksia
Penyelidikan ini dijalankan bagi mengkaji masalah pembalikan huruf dalam kalangan murid disleksia. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti pembalikan huruf dalam kalangan murid disleksia, menghasilkan modul pembelajaran bagi menyelesaikan masalah pembalikan huruf dan menguji keberkesanan...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/98339/1/FBMK%202020%2053%20-%20IR.1.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/98339/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Putra Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Penyelidikan ini dijalankan bagi mengkaji masalah pembalikan huruf dalam
kalangan murid disleksia. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti
pembalikan huruf dalam kalangan murid disleksia, menghasilkan modul
pembelajaran bagi menyelesaikan masalah pembalikan huruf dan menguji
keberkesanan modul pembelajaran kepada murid disleksia. Teori yang
digunakan dalam kajian ini ialah Teori Levinson (1994). Sampel kajian terdiri
daripada 10 orang murid disleksia daripada Pusat Disleksia Malaysia di
Ampang, Kuala Lumpur yang mengalami masalah pembalikan huruf secara
serius. Penyelidikan ini menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual dan
soal selidik. Manakala alat kajian yang digunakan pula ialah borang soal selidik
dan nota lapangan. Lapan huruf yang mempunyai bentuk hampir sama yang
biasa mengalami pembalikan oleh kanak-kanak disleksia berdasarkan Teori
Levinson (1994), iaitu huruf ‘b’, ‘d’, ‘p’, ‘q’, ‘m’, ‘w’, ‘n’ dan ‘u’ telah dipilih dan
disenaraikan dalam borang soal selidik. Soal selidik kemudian diberikan
kepada responden, iaitu guru-guru di pusat disleksia untuk dijawab. Data
kajian dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif. Dapatan kajian menunjukkan
semua subjek kajian mempunyai masalah pembalikan terhadap huruf-huruf
tersebut. Namun, jenis-jenis huruf yang diterbalikkan adalah berbeza mengikut
individu. Maka, bagi menyelesaikan masalah tersebut modul pembelajaran
khusus telah dibentuk. Pengisian modul adalah berkaitan teknik-teknik
pengajaran yang menggunakan kaedah multisensori dan proses penghasilan
modul pula berdasarkan pendekatan Penyelidikan Reka Bentuk dan
Pembangunan (DDR). Selepas modul yang dihasilkan mendapat pengesahan
daripada pakar rujuk, iaitu presiden Persatuan Disleksia Malaysia, modul ini
seterusnya diuji cuba kepada subjek kajian untuk melihat keberkesanannya
dalam menyelesaikan masalah pembalikan huruf. Hasil kajian mendapati
semua subjek kajian mampu menyebut dan menulis huruf-huruf yang
mempunyai bentuk hampir sama dengan baik tanpa mengalami sebarang
pembalikan selepas menggunakan modul ini. Modul pembelajaran ini dirangka
bagi membantu para pendidik dan ibu bapa untuk merancang aktiviti yang sesuai dan berkesan dalam mengatasi masalah pembalikan huruf yang dialami
oleh murid disleksia. |
---|