Tafsiran harian identiti nasional: pandangan akar umbi
Makalah ini membincangkan tentang pandangan golongan belia, khususnya, mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM) tentang identiti nasional. Persoalan identiti nasional merupakan suatu elemen yang cukup kompleks dan abstrak. Penerimaan dan pemahaman seseorang terhadap identiti nasional amat berbeza...
Saved in:
Main Authors: | , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Published: |
AENSI Publication
2016
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99362/ http://www.aensiweb.com/RJSS/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Putra Malaysia |
Summary: | Makalah ini membincangkan tentang pandangan golongan belia, khususnya, mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM)
tentang identiti nasional. Persoalan identiti nasional merupakan suatu elemen yang cukup kompleks dan abstrak. Penerimaan dan
pemahaman seseorang terhadap identiti nasional amat berbeza dan rencam sifatnya. Lantaran itu, satu kajian spesifik telah
dijalankan berkaitan dengan penerimaan dan pemahaman golongan belia umumnya dan mahasiswa UPM khususnya terhadap
perkara ini. Kajian ini mengaplikasi pendekatan kualitatif melalui Nominal Group Technique (NGT) yang dijalankan terhadap
mahasiswa UPM. Mereka dipilih berdasarkan kepada kumpulan etnik tertentu bagi menggambarkan persekitaran realiti
masyarakat Malaysia. Keutamaan diberikan adalah pelajar yang telah mengambil kursus Hubungan Etnik dan Kenegaraan
Malaysia. Umumnya, hasil kajian mendapati mereka faham tentang konsep identiti nasional tetapi dengan tingkat keamatan yang
berbeza-beza. Mereka juga boleh mengklasifikasikan ciri-ciri identiti nasional dan melihat kesepaduan dalam kepelbagaian
menjadi intipati utama dalam pengekalan keharmonian di negara ini. Kajian turut mendapati golongan belia akar umbi menerima
simbol dan berbangga dengan kepelbagaian agama serta etnik dan elemen-elemen yang mengikat di antara rakyat. |
---|