Analisis Pentafsiran Mualaf Menurut Islam dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri di Malaysia

Mualaf dikategorikan sebagai golongan yang berhak menerima bahagian zakat dalam Islam. Terdapat perbezaan pentafsiran definisi mualaf yang boleh mempengaruhi pengurusan agihan zakat. Perbezaan yang mungkin wujud adalah sama ada orang bukan Islam yang cenderung kepada Islam juga berhak menerima b...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Azman , A.R, Irwan , M.S, Mahazan , A.M, Nuradli Ridzwan Shah ,M.D, Wan Mohd. Fazrul Azdi , W.R, Rose Irnawaty Ibrahim, Norlina Ismail
Format:
Published: Universiti Sains Islam Malaysia 2017
Subjects:
Online Access:http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/14096
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Sains Islam Malaysia
Description
Summary:Mualaf dikategorikan sebagai golongan yang berhak menerima bahagian zakat dalam Islam. Terdapat perbezaan pentafsiran definisi mualaf yang boleh mempengaruhi pengurusan agihan zakat. Perbezaan yang mungkin wujud adalah sama ada orang bukan Islam yang cenderung kepada Islam juga berhak menerima bahagian zakat ataupun tidak. Justeru, objektif artikel ini adalah untuk mengenal pasti definisi mualaf berdasarkan perbahasan ulama terdahulu dan kontemporari daripada pelbagai madhhab secara terperinci. Artikel ini turut menganalisis pentafsiran mualaf menurut Enakmen Pentadbiran Agama Islam bagi setiap negeri di Malaysia. Artikel ini mendapati bahawa terdapat beberapa perbezaan yang wujud dalam pentafsiran asnaf mualaf sama ada menurut pandangan imam-imam madhhab mahupun klausa-klausa di dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri. Ulama bersepakat menerima definisi mualaf sebagai individu yang baru memeluk agama Islam tetapi berselisih pendapat dalam menerima orang bukan Islam yang cenderung hatinya kepada Islam sebagai sebahagian daripada mualaf yang berhak ke atas zakat. Artikel ini diharapkan dapat memberikan gambaran yang lebih jelas terhadap varsiti pentafsiran mualaf sekaligus mencetuskan model pengurusan baharu dalam agihan bantuan zakat. Kajian lanjutan boleh dilakukan bagi mengenal pasti hukum menggunakan dana zakat dalam dakwah non-Muslim di Malaysia.