Kesan Pembelajaran Koperatif dan Tradisional Terhadap Pencapaian Akademik Penguasaan Kemahiran Jawi

Jawi merupakan salah satu elemen yang difokuskan di sekolah-sekolah kebangsaan sejak program j-QAF diperkenalkan dalam sistem pendidikan negara. Program ini diwujudkan supaya dapat menanam minat mempelajari penguasaan tulisan jawi dalam kalangan pelajar sekaligus dapat menguasai kemahiran membaca da...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Fauziah Md Jaafar, Rafisah Osman, Khaliza Saidin, Nurhafizah Abdan
Format:
Published: Universiti Sains Islam Malaysia 2017
Subjects:
Online Access:http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/15152
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Sains Islam Malaysia
Description
Summary:Jawi merupakan salah satu elemen yang difokuskan di sekolah-sekolah kebangsaan sejak program j-QAF diperkenalkan dalam sistem pendidikan negara. Program ini diwujudkan supaya dapat menanam minat mempelajari penguasaan tulisan jawi dalam kalangan pelajar sekaligus dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan mudah. Namun dalam tempoh ini, para pelajar masih tidak dapat menguasai Jawi. Berdasarkan statistik pencapaian penguasaan Jawi program j-QAF kohort pertama, 2005 yang dikeluarkan oleh bahagian pembangunan kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menunjukkan pencapaian yang tidak konsisten. Bagi tujuan ini, kajian dijalankan untuk melihat sejauh mana pembelajaran koperatif dan juga tradisional berkesan dalam meningkatkan pencapaian Jawi. Kaedah kajian menggunakan kaedah kuasi eksperimental di mana dua kumpulan pelajar yang terdiri daripada kumpulan eksperimen (Kaedah Koperatif) dan juga kawalan (Kaedah tradisional) yang menjalani ujian pra dan dan ujian post. Dapatan kajian menunjukkan kaedah koperatif lebih berkesan ke atas pencapaian Jawi. Implikasi kajian ini diharapakan dapat memberi inspirasi kepada guru-guru yang terlibat dalam melaksanakan kaedah koperatif dalam pengajaran mereka . Di samping itu, hasil kajian juga dapat memberi garis panduan pada pada pihak kementerian untuk merangka satu modul pengajaran dan pembelajaran koperatif dengan lebih baik dan berkesan.