Kepentingan Audit Komunikasi

Aliran komunikasi yang baik memudahkan seseorang individu dan kelompok melaksanakan peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam sesebuah organisasi. Walaupun adakalanya kepentingan aspek komunikasi organisasi ini dipandang remeh, tetapi sebenarnya ia perlu diurus dengan sempurna. Apabila masalah s...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Rosidayu Hj. Sabran
Format: Conference Paper
Language:Burmese
Published: 2009
Online Access:http://dspace.unimap.edu.my/xmlui/handle/123456789/1519
http://hdl.handle.net/123456789/1519
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Sains Islam Malaysia
Language: Burmese
Description
Summary:Aliran komunikasi yang baik memudahkan seseorang individu dan kelompok melaksanakan peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam sesebuah organisasi. Walaupun adakalanya kepentingan aspek komunikasi organisasi ini dipandang remeh, tetapi sebenarnya ia perlu diurus dengan sempurna. Apabila masalah sudah semakin marak, pengabaian aspek ini mampu mencipta pelbagai masalah seperti ketidakpuasanhati pekerja, pelanggan dan masyarakat luar, yang akhirnya menjurus kepada penutupan sesebuah syarikat. Scenario bidang komunikasi korporat amat mementingkan aspek komunikasi dalaman dan luaran seperti kepuasan pelanggan serta hubungan syarikat dengan pihak luar. Justeru, audit komunikasi dijalankan bertujuan mencari jalan penyelesaian atau kaedah yang terbaik untuk mencapai objektif sesebuah syarikat mahupun mencari jalan penyelesaian kepada sesuatu masalah. Pelaksanaan audit komunikasi bergantung kepada tahap keseriusan beban masalah. Penstrukturan semula, penggabungan, perubahan pengurusan, kemerosotan perniagaan adalah antara keadaan yang mendorong keperluan menjalankan audit komunikasi. Sesungguhnya, hubungan dua-hala yang baik antara pekerja dan majikan dapat meningkat motivasi kedua-dua pihak dalam melaksanakan agenda masing-masing.