Improvement Of Lovastatin Production By Fusarium Pseudocircinatum Ibrl B3-4 Via Solid Substrate Fermentation
Keupayaan bran beras dan beras perang dalam menurunkan kolesterol dan menyokong sistem fermentasi substrat pepejal (SSF) tidak dapat dinafikan. Tambahan pula, kemudahan untuk mendapatkan substrat-substrat tersebut di kilang adalah mudah serta harga yang tidak mahal. Sejak beberapa tahun yang lepas,...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2015
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.usm.my/32082/1/Syarifah_Ab_Rashid.pdf http://eprints.usm.my/32082/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Sains Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Keupayaan bran beras dan beras perang dalam menurunkan kolesterol dan menyokong sistem fermentasi substrat pepejal (SSF) tidak dapat dinafikan. Tambahan pula, kemudahan untuk mendapatkan substrat-substrat tersebut di kilang adalah mudah serta harga yang tidak mahal. Sejak beberapa tahun yang lepas, penyelidik-penyelidik telah mengkaji keupayaan padi serta komponennya yang lain seperti bran, beras, jerami dan juga sekam, mempunyai kebolehan dalam menghasilkan metabolit sekunder termasuklah statin. Hospital tempatan di Malaysia mendapat permintaan yang tinggi terhadap statin dan pengambilan lovastatin adalah yang paling ketara di mana sebanyak 51% preskripsi telah dibuat kepada pesakit-pesakit berkolesterol tinggi. Maka, kajian ini menekankan kepada penambahbaikan penghasilan lovastatin oleh Fusarium pseudocircinatum IBRL B3-4 melalui SSF. Bran beras dan beras perang memberikan nilai komposisi berbeza terhadap kelembapan, protein, lipid, fiber, karbohidrat dan abu. Komponen tertinggi yang didapati dalam bran beras adalah karbohidrat iaitu sebanyak 41.20 ± 2.10% manakala fiber memonopoli komposisi beras perang (48.53 ± 0.58%).
The ability of rice bran and brown rice in lowering cholesterol and supporting solid substrate fermentation (SSF) system are undeniable. Plus, the accessibility for these substrates is reachable at the mill factory with inexpensive price. For the last few years, researchers have investigated paddy and its other components like bran, rice, straw and husk, own the potentiality in producing secondary metabolite including statin. Malaysian local hospital has experienced a high demand on statin and lovastatin is the most outstanding drug with 51% prescription done for hypercholesterolemia patients. Thus, this recent investigation emphasized the improvement of lovastatin production by Fusarium pseudocircinatum IBRL B3-4 via SSF. Rice bran and brown rice denoted different composition values in moisture, protein, lipid, fibre, carbohydrate and ash. The highest component in rice bran was carbohydrate with 41.20 ± 2.10% while fibre was the superior composition in brown rice (48.53 ± 0.58%). |
---|