Kesan Aktiviti ‘Brain Gym’ Terhadap Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak Prasekolah

Kajian yang berbentuk kuasi-eksperimen ini bertujuan menilai keberkesanan aktiviti ‘Brain Gym’ terhadap perkembangan kognitif kanak-kanak prasekolah secara keseluruhan, dan secara khusus dalam tujuh aspek, iaitu dari segi pengelasan, seriasi, konsep nombor, operasi nombor, konsep masa, konsep...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Goh , Siew Siew
Format: Thesis
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/42932/1/Goh_Siew_Siew24.pdf
http://eprints.usm.my/42932/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Sains Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kajian yang berbentuk kuasi-eksperimen ini bertujuan menilai keberkesanan aktiviti ‘Brain Gym’ terhadap perkembangan kognitif kanak-kanak prasekolah secara keseluruhan, dan secara khusus dalam tujuh aspek, iaitu dari segi pengelasan, seriasi, konsep nombor, operasi nombor, konsep masa, konsep ruang dan penyelesaian masalah. Kajian ini dijalankan di dua buah pusat prasekolah di kawasan Kepong dan Jinjang, Zon Sentul, Wilayah Pesekutuan, Kuala Lumpur. Subjek kajian ini terdiri daripada 60 orang kanak-kanak yang berumur enam tahun di kedua-dua buah pusat prasekolah. Subjek kajian terbahagi kepada 30 orang kanak-kanak dalam kumpulan eksperimen dan 30 orang kanak-kanak dalam kumpulan kawalan.