Pengurusan Kemiskinan Asnaf Produktif Di Baitul Mal Aceh Dan Potensi Pelaksanaannya Di Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
Perkembangan pesat pembangunan sesebuah negara tidak akan sempurna sekiranya masalah sosial seperti isu kemiskinan tidak ditangani dengan baik dan sempurna. Institusi zakat dan baitul mal adalah antara dua buah organisasi yang penting dalam melengkapkan peranan yang dipertanggungjawabkan oleh keraja...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2020
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.usm.my/51621/1/NOORAMIRA%20BINTI%20GHAZALI%20-%20TESIS%20cut.pdf http://eprints.usm.my/51621/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Sains Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Perkembangan pesat pembangunan sesebuah negara tidak akan sempurna sekiranya masalah sosial seperti isu kemiskinan tidak ditangani dengan baik dan sempurna. Institusi zakat dan baitul mal adalah antara dua buah organisasi yang penting dalam melengkapkan peranan yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan bagi menguruskan dan mengurangkan kemiskinan dalam kalangan masyarakat. Pelaksanaan dan perancangan terhadap program pengurusan kemiskinan dilihat penting dalam memperkasakan golongan asnaf terutamanya asnaf produktif bagi menikmati kualiti kehidupan yang lebih baik. Terdapat tiga objektif dalam kajian ini iaitu mengenal pasti fokus penumpuan program pengurusan kemiskinan menerusi pemerkasaan asnaf produktif yang telah dilaksanakan di BMA; menganalisis kepentingan dan keberkesanan pelaksanaan program pengurusan kemiskinan menerusi pemerkasaan asnaf produktif di BMA; meneroka potensi pelaksanaan program pengurusan kemiskinan di BMA menerusi pemerkasaan asnaf produktif di MAIK. Bagi mencapai ketiga-tiga objektif tersebut, penyelidikan ini menggunakan pendekatan kualitatif, pengumpulan data melalui kaedah temu bual tidak berstruktur dan data dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan secara tematik. Temu bual tidak berstruktur ini dilakukam ke atas 34 orang informan yang terdiri daripada empat kategori iaitu kumpulan pakar dan agamawan di Aceh, kumpulan pelaksana di BMA, kumpulan pelaksana di MAIK dan kumpulan asnaf produktif yang menerima bantuan di BMA. |
---|