Rawatan larut resapan menggunakan penjerap media komposit karbon teraktif, zeolit, batu kapur dan enapcemar sisa kertas
Kajian ini dijalankan bagi meneroka potensi WPS dan LS untuk menggantikan sebahagian AC dan ZEO dalam penghasilan media komposit baharu. Nisbah optimum AC-WPS (media hidrofobik) adalah 2:2, manakala ZEO-LS (media hidrofilik) adalah 25:15. Nisbah optimum 4:4 media hidrofobik-hidrofilik dipilih ber...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/125/1/24p%20SHAHRIL%20EFFENDI%20A%20RAHMAN.pdf http://eprints.uthm.edu.my/125/2/SHAHRIL%20EFFENDI%20A%20RAHMAN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/125/3/SHAHRIL%20EFFENDI%20A%20RAHMAN%20WATERMARK.pdf http://eprints.uthm.edu.my/125/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Tun Hussein Onn Malaysia |
Language: | English English English |
Summary: | Kajian ini dijalankan bagi meneroka potensi WPS dan LS untuk menggantikan
sebahagian AC dan ZEO dalam penghasilan media komposit baharu. Nisbah optimum
AC-WPS (media hidrofobik) adalah 2:2, manakala ZEO-LS (media hidrofilik) adalah
25:15. Nisbah optimum 4:4 media hidrofobik-hidrofilik dipilih berdasarkan ciri-ciri
penjerapan NH3-N dan COD, dan 30 % OPC telah digunakan sebagai bahan pengikat.
Media komposit ZELPA telah dihasilkan dan pencirian sifat fizikal-kimia dilakukan.
ZELPA digunakan dalam kajian isoterma penjerapan NH3-N, COD dan warna pada
keadaan optimum pH 7, kelajuan goncangan 200 rpm, saiz partikel 1.18-2.36 mm dan
masa sentuhan 120 minit. Setelah ujian kelompok dilaksanakan, ujikaji isoterma
penjerapan dan kinetik penjerapan dilakukan. Kapasiti penjerapan untuk kesemua
parameter (dalam mg/g) masing-masing 27.55, 48.08 dan 34.48. Kajian perbandingan
menunjukkan keupayaan penjerapan ZELPA terhadap NH3-N dan COD adalah lebih baik
daripada ZEO dan AC, dan setanding dengan AC bagi penjerapan warna. Kajian kinetik
penjerapan mendapati ZELPA mengikuti hampir kesemua model yang dikaji iaitu pseudo
tertib pertama dan kedua, Elovich dan pembauran intra-partikel. Kajian penjerapan turus
dengan menggunakan model EBCT menunjukkan penyingkiran sebanyak 99 % untuk
NH3-N dan 98 % untuk COD dan warna. Kapasiti bolos dan masa tepu didapati makin
berkurangan dengan berlakunya peningkatan terhadap kadar aliran. Didapati data uji kaji
lebih mematuhi Model Thomas dan Yoon-Nelson berbanding Adams-Bohart. ZELPA
boleh digunakan semula selepas menjalani ujikaji regenerasi dengan larutan 0.5 M NaCl
pada pH 11-12 (dilaras dengan 1 M NaOH). Dengan kapasiti penjerapan untuk NH3-N,
COD dan warna (dalam mg/L) masing-masing 32.26, 38.76 dan 31.95. Gabungan media
alternatif WPS dan LS menunjukkan impak positif dalam penjerapan larut resapan.
Penggunaan WPS dalam teknologi penjerapan secara tidak langsung berupaya menangani
masalah pelupusan sisa kertas yang tidak boleh dikitar semula. |
---|