Tahap kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar kejuruteraan tahun akhir di Politeknik KPM
Dalam dunia yang semakin berkembang dengan pesat, majikan tidak hanya mementingkan kemahiran teknikal sahaja tetapi juga kepada kemahiran insaniah agar pelajar mereka dapat menyesuaikan dan melengkapkan diri dengan semua jenis pekerjaan dan dalam masa yang sama memiliki pelbagai kemahiran. Seh...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2014
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/1631/1/24p%20PUA%20POH%20KEONG.pdf http://eprints.uthm.edu.my/1631/2/PUA%20POH%20KEONG%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/1631/3/PUA%20POH%20KEONG%20WATERMARK.pdf http://eprints.uthm.edu.my/1631/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Tun Hussein Onn Malaysia |
Language: | English English English |
Summary: | Dalam dunia yang semakin berkembang dengan pesat, majikan tidak hanya
mementingkan kemahiran teknikal sahaja tetapi juga kepada kemahiran insaniah agar
pelajar mereka dapat menyesuaikan dan melengkapkan diri dengan semua jenis
pekerjaan dan dalam masa yang sama memiliki pelbagai kemahiran. Sehubungan
dengan ini, kajian ini dilaksanakan adalah mengenal pasti tahap kemahiran insaniah
dari segi komunikasi, menyelesaikan masalah secara kritis dan kerja berpasukan
dalam kalangan pelajar kejuruteraan tahun akhir di Politeknik Premier Malaysia.
Sampel kajian terdiri daripada 350 orang pelajar diploma tahun akhir sesi 2013/2014
dari bidang kejuruteraan yang ada ditawarkan di Politeknik Ungku Omar, Politeknik
Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Politeknik Ibrahim Sultan. Kajian yang
dijalankan adalah kajian kuantitatif berbentuk tinjauan dimana untuk menjawab
setiap persoalan kajian. Instrumen kajian yan digunakan adalah satu set soal selidik
yang mengandungi maklumat diri dan item elemen kemahiran insaniah. Data yang
diperolehi dianalisis secara diskriptif dan inferensi. Hasil dapatan kajian mendapati
tahap kemahiran insaniah pelajar Politeknik Premier Malaysia berada pada tahap
tinggi dengan nilai min keseluruhan adalah 4.16, dimana aspek kemahiran
komunikasi adalah 4.17, kemahiran menyelesaikan masalah secara kritis adalah 4.15
dan kemahiran kerja berpasukan adalah 4.16. Untuk melihat perbezaan tahap
kemahiran insaniah berdasarkan jantina, Ujian-t tidak bersandar digunakan dan hasil
dapatan menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap
kemahiran insaniah bagi pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Secara
keseluruhannya, tahap kemahiran insaniah pelajar kejuruteraan tahun akhir di
Politeknik Premier adalah tinggi berdasarkan persepsi dan ini telah membuktikan
setiap pelajar menitikberat kemahiran insaniah agar mereka dapat bersaing di pasaran. |
---|