Kompetensi guru bukan opsyen yang mengajar kemahiran teknikal di Kolej Vokasional Negeri Pahang
Bagi melahirkan lebih ramai tenaga yang mahir dan separa mahir guru merupakan tenaga pengajar yang perlu mempunyai tahap kecekapan yang tinggi dari segi pengetahuan, kemahiran dan juga sikap. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kompetensi guru dalam pengajaran amali....
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2014
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/1668/1/24p%20ROSLAN%20ABU%20HASSAN.pdf http://eprints.uthm.edu.my/1668/2/ROSLAN%20ABU%20HASSAN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/1668/3/ROSLAN%20ABU%20HASSAN%20WATERMARK.pdf http://eprints.uthm.edu.my/1668/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Tun Hussein Onn Malaysia |
Language: | English English English |
Summary: | Bagi melahirkan lebih ramai tenaga yang mahir dan separa mahir guru merupakan
tenaga pengajar yang perlu mempunyai tahap kecekapan yang tinggi dari segi
pengetahuan, kemahiran dan juga sikap. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan
untuk mengenalpasti kompetensi guru dalam pengajaran amali. Tujuan kajian ini
adalah untuk mengenalpasti tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru dalam
pengajaran kemahiran teknikal di kolej vokasional, mengenalpasti perbezaan jantina
berdasarkan pengetahuan dalam proses pengajaran kemahiran teknikal dan
mengenalpasti perbezaan dari segi kemahiran berdasarkan pengalaman guru dalam
proses pengajaran kemahiran teknikal. Kajian tinjauan diskriptif ini menggunakan
borang soal selidik berskala Likert 5 mata sebagai instrumen. Seramai 59 orang guru
yang dipilih secara sampel bertujuan yang merupakan guru yang mengajar
kemahiran teknikal di kolej vokasional di Negeri Pahang. Data-data dianalisis
menggunakan perisian Winsteps 3.69.1.1 dengan pendekatan Model Pengukuran
Rasch bagi mendapatkan nilai skor min dan min logit. Hasil analisis mendapati tahap
pengetahuan, kemahiran dan sikap guru dalam pengajaran kemahiran teknikal berada
pada tahap tinggi. Analisis juga mendapati terdapat perbezaan pengetahuan guru
berdasarkan jantina dan terdapat juga perbezaan kemahiran guru berdasarkan
pengalaman mengajar. Pengkaji berharap hasil kajian dapat membantu Bahagian
Pendidikan Teknik dan Vokasional untuk meningkatkan lagi kompetensi guru
terutamanya melibatkan pengajaran amali bengkel |
---|