Kesan aplikasi pembelajaran berteraskan multimedia terhadap pelajar teknikal dari aspek gaya pembelajaran visual di politeknik Malaysia
Visual dalam pendidikan adalah pendekatan yang mampu melatih keupayaan pelajar untuk memahami sesuatu konsep pembelajaran yang baru dengan mudah mahupun meningkatkan tahap pemahaman. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti perkaitan diantara penggunaan aplikasi pembelajaran dengan gaya pe...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2015
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/1716/2/SERI%20SYAHLILIANA%20BINTI%20SAKKA%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/1716/1/24p%20SERI%20SYAHLILIANA%20BINTI%20SAKKA.pdf http://eprints.uthm.edu.my/1716/3/SERI%20SYAHLILIANA%20BINTI%20SAKKA%20WATERMARK.pdf http://eprints.uthm.edu.my/1716/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Tun Hussein Onn Malaysia |
Language: | English English English |
Summary: | Visual dalam pendidikan adalah pendekatan yang mampu melatih keupayaan pelajar
untuk memahami sesuatu konsep pembelajaran yang baru dengan mudah mahupun
meningkatkan tahap pemahaman. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti
perkaitan diantara penggunaan aplikasi pembelajaran dengan gaya pembelajaran
visual pelajar dalam matapelajaran Computer Networking Fundamentals. Responden
kajian ini adalah terdiri daripada pelajar semester 5 daripada 2 buah Politeknik iaitu
Politeknik Ibrahim Sultan, Johor, dan Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan
yang mengambil matapelajaran Computer Networking Fundamentals (EC301) .
Seramai 19 responden yang diambil sebagai kumpulan rawatan daripada Politeknik
Ibrahim Sultan (PIS) dan seramai 21 responden lagi berfungsi sebagai kumpulan
kawalan daripada Politeknik Port Dickson (PPD). Terdapat 3 instrumen yang
digunakan untuk menjalankan kajian ini. Instrumen pertama adalah aplikasi
pembelajaran bagi matapelajaran Computer Networking Fundamentals (EC301)
yang digunakan oleh kumpulan rawatan, borang kaji selidik untuk mengenalpasti
gaya pembelajaran setiap responden, dan intrumen yang ketiga adalah set ujian
penilaian (ujian pra dan ujian pasca) bagi menilai tahap pencapaian kesemua
responden. Data dianalisis menggunakan Analisis ANCOVA dan hasil kajian
mendapati bahawa, pelajar yang menggunakan aplikasi pembelajaran dan
disesuaikan dengan gaya pembelajaran visual (A_V) mencapai skor min markah
yang paling tinggi iaitu 10.194 berbanding dengan kategori pelajar yang bukan
bergaya pembelajaran visual dan tidak menggunakan aplikasi pembelajaran yang
masing-masing hanya mencapai skor min 9.417 (A_BV), 4.950 (BA_BV) dan 3.646
(BA_V). Berasaskan kepada hasil dapatan ini, satu kerangka perlaksanaan telah di
syorkan dengan menggabungkan intervensi aplikasi pembelajaran dengan elemen
gaya pembelajaran visual bagi meningkatkan daya kefahaman pelajar semasa proses
pengajaran dan pembelajaran. |
---|