Meninjau kesediaan awal pelajar politeknik sebelum menjalani latihan industri dalam meningkatkan pengetahuan terhadap alam pekerjaan

Tujuan kajian ini ialah untuk meninjau kesediaan awal pelajar sebelum menjalani latihan industri dalam pengetahuan dan kefahaman mengenai keadaan sebenar alam pekerjaan. Kajian ini dibuat ke atas 90 orang pelajar peringkat sijil bagi kursus kejuruteraan Elektrik, Mekanikal dan Awam di Politeknik Ung...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Ibrahim, Rahizana
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2002
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/2978/1/RAHIZANA%20MOHD%20IBRAHIM%20-%2024p.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2978/2/RAHIZANA%20MOHD%20IBRAHIM%20-%20declaration.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2978/3/RAHIZANA%20MOHD%20IBRAHIM%20-%20fulltext.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2978/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Language: English
English
English
Description
Summary:Tujuan kajian ini ialah untuk meninjau kesediaan awal pelajar sebelum menjalani latihan industri dalam pengetahuan dan kefahaman mengenai keadaan sebenar alam pekerjaan. Kajian ini dibuat ke atas 90 orang pelajar peringkat sijil bagi kursus kejuruteraan Elektrik, Mekanikal dan Awam di Politeknik Ungku Omar, Ipoh yang telah menjalani latihan industri. Kajian ini juga dibuat untuk meninjau sama ada terdapat kepincangan terhadap program latihan industri yang sedang dilaksanakan supaya cadangan untuk memperbaikinya dapat dibuat. Justeru itu, kajian dibuat bagi menilai aspek-aspek seperti kesediaan awal pelajar sebelum memasuki latihan industri, kefahaman mereka mengenai etika kerja, kehidupan sosial mereka sebelum menjalani latihan industri, hubungan mereka dengan pihak Politeknik dan juga pihak Industri serta masalah hubungan komunikasi di tempat kerja dengan pekerja industri yang boleh menjejaskan mutu latihan yang mereka jalani. Justeru itu, daripada analisis yang dibuat, satu cadangan modul kursus jangka pendek latihan kemahiran interpersonal di tempat kerja dicadangkan untuk di sertai oleh pelajar sebelum menjalani latihan industri bagi memperbaiki lagi program latihan industri yang sedia ada. Kursus ini mencakupi pengenalan mengenai organisasi syarikat, kemahiran berkomunikasi serta etika sosial ketika berada di sektor perindustrian. Modul ini juga dibuat bersama bahan-bahan pengajaran bagi memudahkan kursus ini dijalankan. Di harap dengan kajian yang telah dibuat dan juga pembinaan modul ini, akan membantu pelajar dan juga pensyarah untuk manjalankan kursus ini.