Analisis tahap pencapaian pelajar di Fakulti Sains dan Teknologi, UKM dengan menggunakan model linear berhierarki

Penggunaan Model Linear Berhierarki dengan tiga aras telah digunakan di dalam kajian mengenai tahap pencapaian pelajar semester 1 sesi 2003/2004 dengan mengambilkira variasi antara program dan pusat pengajian yang berlainan di dalam Fakulti Sains dan Teknologi (FST). Sebanyak 1088 data mengenai P...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Saharan, Sabariah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2004
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/8629/1/24p%20SABARlAH%20SAHARAN.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8629/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Language: English
Description
Summary:Penggunaan Model Linear Berhierarki dengan tiga aras telah digunakan di dalam kajian mengenai tahap pencapaian pelajar semester 1 sesi 2003/2004 dengan mengambilkira variasi antara program dan pusat pengajian yang berlainan di dalam Fakulti Sains dan Teknologi (FST). Sebanyak 1088 data mengenai PNGK pelajar telah digunakan di dalam kajian ini. Aras pertama adalah aras pelajar, aras kedua pula adalah program yang ditawarkan oleh pusat pengajian bagi pelajar sarjana muda dan pusat pengajian diwakilkan oleh aras ketiga. Secara keseluruhannya, apabila variasi di kalangan pelajar mengikut program dan pusat pengajian diambilkira, hasil analisis menunjukkan bahawa pelajar perempuan mempunyai min keputusan PNGK yang lebih baik berbanding dengan min keputusan PNGK bagi pelajar lelaki. Kaum bukan bumiputera juga menunjukkan min PNGK yang lebih baik berbanding dengan min PNGK bagi kaum bumiputera. Analisis terbahagi kepada dua jenis data iaitu data yang mempunyai kesemua 22 buah program dan data di mana program Sains Aktuari tidak dimasukkan ke dalam model. Ini adalah kerana min PNGK bagi program Sains Aktuari adalah sangat tinggi berbanding dengan min PNGK bagi program-program yang lain. Pemboleh ubah jantina dan kaum adalah beerti pada setiap model yang dibina. Manakala pemboleh ubah jumlah pelajar mengikut program dan peratus pelajar perempuan mengikut program adalah beerti apabila dimasukkan ke dalam model. Bagi analisis di mana data program Sains Aktuari tidak dimasukkan ke dalam model menunjukkan bahawa pemboleh ubah jantina dan kaum adalah beerti bagi setiap model yang dibina. Tetapi pemboleh ubah bagi peratus jumlah pelajar perempuan bagi setiap program sahaja yang beerti apabila pemboleh ubah penerang pada aras program dimasukkan ke dalam model. Bagi model penuh iaitu di mana kesemua pemboleh ubah penerang dimasukkan ke dalam model, menunjukkan pemboleh ubah bagi peratus jumlah pelajar bumiputera dan peratus jumlah pelajar perempuan bagi setiap pusat serta nisbah bagi seorang pengajar kepada pelajar mengikut pusat pengajian adalah beerti.