Tahap pelaksanaan elemen revolusi industri 4.0 dalam kalangan pensyarah teknologi pembinaan di kolej vokasional Malaysia.
Kajian ini bertujuan untuk meninjau kesediaan pensyarah Teknologi Pembinaan di Kolej Vokasional terhadap pelaksanaan elemen Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) dalam Pendidikan dari beberapa persepektif. Kajian ini juga bertujuan mengenalpasti sokongan kepimpinan kolej vokasional, pengaplikasian elemen I...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Persatuan Pendidikan Teknik dan Vokasional Malaysia (PPTVM)
2022
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.utm.my/104775/1/MurniFahirahMahmudMuhamadAfzamimanAripin2022_TahapPelaksanaanElemenRevolusiIndustri4.0.pdf http://eprints.utm.my/104775/ https://pptvm.wordpress.com/current/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Teknologi Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk meninjau kesediaan pensyarah Teknologi Pembinaan di Kolej Vokasional terhadap pelaksanaan elemen Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) dalam Pendidikan dari beberapa persepektif. Kajian ini juga bertujuan mengenalpasti sokongan kepimpinan kolej vokasional, pengaplikasian elemen IR 4.0 oleh pensyarah teknologi pembinaan, kesediaan kemahiran generic dan kesediaan kemahiran teknikal yang berkaitan IR4.0. Kajian ini dilaksanakan menggunakan kaedah tinjauan dengan reka bentuk rentas dan melibatkan 45 orang pensyarah daripada Kolej Vokasional di Malaysia. Soal selidik dibangunkan sendiri oleh pengkaji dengan instrumen yang dinilai memperoleh kebolehpercayaan Alpha Cronbach 0.966. Dapatan kajian ini dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences (SPSS), version 20 dengan mengambil nilai purata min setiap pembolehubah yang dikaji. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa purata skor min bagi setiap keseluruhan objektif kajian berada pada tahap yang tinggi iaitu diantara julat min 3.98 – 4.38. Ini menunjukkan aras pelaksanaan dan kesediaan pensyarah-pensyarah Kolej Vokasional di Malaysia dalam bidang Teknologi Pembinaan adalah di tahap yang tinggi. |
---|