Persepsi Pelajar Islam Fakulti Pendidikan Terhadap Isu Penukaran Agama (Murtad)
Kajian ini dilakukan untuk mengkaji persepsi pelajar Islam Fakulti Pendidikan terhadap isu penukaran agama (murtad). Populasi kajian ini adalah seramai 439 pelajar dari 14 kursus yang berlainan. Pemilihan sampel secara rawak mudah telah dilakukan dan seramai 132 pelajar telah dipilih sebagai respond...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
2010
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.utm.my/id/eprint/10837/1/Persepsi_Pelajar_Islam_Fakulti_Pendidikan_Terhadap_Isu_Penukaran_Agama.pdf http://eprints.utm.my/id/eprint/10837/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Teknologi Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kajian ini dilakukan untuk mengkaji persepsi pelajar Islam Fakulti Pendidikan terhadap isu penukaran agama (murtad). Populasi kajian ini adalah seramai 439 pelajar dari 14 kursus yang berlainan. Pemilihan sampel secara rawak mudah telah dilakukan dan seramai 132 pelajar telah dipilih sebagai responden. Kajian ini dilakukan secara kuantitatif dengan menggunakan soal selidik yang mengandungi 40 item sebagai instrumen kajian. Analisis statistik deskriptif telah digunakan untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratus dan min. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package of Social Sciences (SPSS). Nilai kebolehpercayaan soal selidik ini ialah ? = 0.864. Min untuk mengkaji kepekaan pelajar Islam Fakulti Pendidikan terhadap isu penukaran agama ialah 4.54. Seterusnya, untuk mengetahui pengetahuan pelajar terhadap faktor-faktor dalaman yang mendorong kepada murtad menunjukkan min sebanyak 4.19, manakala pengetahuan terhadap faktor-faktor luaran pula ialah 4.09. Min bagi mengenalpasti kefahaman pelajar mengenai kesan-kesan daripada penukaran agama ialah 4.24. Kajian menunjukkan pelajar bimbang terhadap pertambahan kes murtad. Beberapa cadangan juga dikemukakan bagi mengatasi masalah murtad ini antaranya ialah ibu bapa hendaklah menekankan pendidikan agama kepada anak-anak sejak dari peringkat awal lagi. |
---|