Persepsi Tenaga Pengajar Giatmara Terhadap Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 Serta Pelaksanaannya Di Pusat-Pusat Giatmara Di Johor Selatan

Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi tenaga pengajar di GIATMARA terhadap Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994; Bahagian IV, VII dan VIII serta pelaksanaannya di sekitar Johor Selatan, Johor. Akta ini diwartakan pada 24 Februari 1994 yang bertujuan untuk menjamin keselamatan dan kes...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mukhari, Abd. Wahid, Mohd. Noor, Nor Fahmilah
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/11285/1/Persepsi_Tenaga_Pengajar_Giatmara_Terhadap_Akta_Keselamatan_Dan_Kesihatan_Pekerjaan_1994_Serta_Pelaksanaannya_Di_Pusat.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/11285/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi tenaga pengajar di GIATMARA terhadap Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994; Bahagian IV, VII dan VIII serta pelaksanaannya di sekitar Johor Selatan, Johor. Akta ini diwartakan pada 24 Februari 1994 yang bertujuan untuk menjamin keselamatan dan kesihatan pekerja di bengkel mahupun industri. Seramai 30 orang tenaga pengajar GIATMARA di sekitar Johor Selatan yang merangkumi daerah Johor Bahru, Pontian dan Batu Pahat telah dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan adalah set soal selidik yang dibina sendiri oleh penyelidik dan mengandungi 23 item yang diukur menggunakan Skala Likert. Dapatan kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS versi 13.0). Kajian rintis yang dijalankan memperoleh darjah kebolehpercayaan sebanyak α = 0.722. Analisis data dilakukan secara frekuensi dan peratus. Dapatan kajian menunjukkan hamper keseluruhan responden bersetuju dan melaksanakan Bahagian IV akta ini (91.16%), diikuti dengan Bahagian VII dalam akta ini (81.30%), seterusnya Bahagian VIII yang terkandung dalam akta (80.70%) dan akhir sekali terdapat kurang pengetahuan terhadap keseluruhan akta ini secara amnya (79.02%). Bagaimanapun, tenaga pengajar GIATMARA didapati memahami dan melaksanakan akta ini terhadap pelajar dan bengkel.