Persepsi guru-guru Pendidikan Islam terhadap penggunaan ICT untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran sekolah kebangsaan di daerah Kluang

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji tahap minat, keyakinan, kemahiran menggunakan ICT untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran, sokongan pentadbir dan masalah-masalah yang dihadapi dalam penggunaan ICT di kalangan guru Pendidikan Islam sekolah kebangsaan di daerah Kluang. Seramai 111 orang guru Pen...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Md. Johan , Othman, Dinyati, Lukman
Format: Article
Language:English
Published: 2011
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/11802/1/Persepsi_Guru.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/11802/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk mengkaji tahap minat, keyakinan, kemahiran menggunakan ICT untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran, sokongan pentadbir dan masalah-masalah yang dihadapi dalam penggunaan ICT di kalangan guru Pendidikan Islam sekolah kebangsaan di daerah Kluang. Seramai 111 orang guru Pendidikan Islam telah terlibat dalam kajian ini. Alat kajian yang digunakan ialah soal selidik yang mengandungi 6 bahagian. Nilai kebolehpercayaan alat kajian ialah ?=0.85. Maklumat yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian ”Statistical Package For Social Science” (SPSS) dan analisis statistik deskriptif telah digunakan dalam tatacara menganalisis data. Hasil kajian menunjukkan tahap minat, keyakinan dan sokongan pentadbir terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru Pendidikan Islam adalah tinggi. Sementara itu, kemahiran menggunakan ICT dan masalah-masalah penggunaan ICT di kalangan guru Pendidikan Islam adalah sederhana. Terdapat perbezaan minat, keyakinan dan kemahiran guru-guru berdasarkan jantina dan umur tetapi tidak ada perbezaan berdasarkan lokasi sekolah.