Pengintegrasian ict dalam pengajaran dan pembelajaran matematik di kalangan guru matematik di daerah Kota Tinggi

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau tahap perlaksanaan pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik di kalangan guru Matematik. Tiga aspek telah dikaji bagi menjawab persoalan kajian ini iaitu tahap pengintegrasian ICT di kalangan guru Matematik, kesesuaian kursus ICT y...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Bakar, Md. Nor, A. Hadi, Rashita
Format: Article
Language:English
Published: faculty of education 2011
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/13425/1/JSME-2011-2-001.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/13425/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau tahap perlaksanaan pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik di kalangan guru Matematik. Tiga aspek telah dikaji bagi menjawab persoalan kajian ini iaitu tahap pengintegrasian ICT di kalangan guru Matematik, kesesuaian kursus ICT yang ditawarkan oleh pihak sekolah atau Pejabat Pelajaran Daerah kepada guru Matematik dan faktor-faktor yang menjadi penghalang kepada pengintegrasian komputer di kalangan guru Matematik. Sampel kajian terdiri daripada 30 guru Matematik dan 15 guru penyelaras makmal komputer di sekolah-sekolah menengah sekitar daerah Kota Tinggi. Kajian ini menggunakan tiga teknik tinjauan iaitu soal selidik kepada guru Matematik; temubual bersama guru Matematik dan penyelaras makmal komputer; dan analisis dokumen Pelan Strategik Panitia Matematik dan Matematik Tambahan sekolah, Pelan Strategik Panitia Matematik dan Matematik Tambahan Daerah Kota Tinggi, Pelan Strategik Unit Sains dan Matematik Pejabat Pelajaran Daerah dan buku log penggunaan makmal komputer sekolah. Analisis data dilakukan dengan menggunakan statistik asas iaitu kekerapan, peratus, dan min. Dapatan kajian mendapati tahap pengintegrasian ICT di kalangan guru Matematik dalam pengajaran dan pembelajaran berada di tahap yang rendah. Walau bagaimanapun, keeengganan guru-guru Matematik untuk mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik bukanlah disebabkan faktor dalaman yang ada pada diri mereka tetapi ia berpunca daripada faktor-faktor luaran seperti kemudahan ICT yang tidak sempurna dan kekurangan latihan ICT sejak peringkat pengajian hinggalah ke peringkat perkhidmatan. Beberapa cadangan telah diusulkan kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Pelajaran Tinggi Malaysia dan guru Matematik bagi memantapkan lagi perlaksanaan pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik.