Kurikulum pendidikan teknik vokasional (PTV) dan pelajar juvana

Jenayah juvana merupakan satu isu yang tidak boleh dipandang ringan. Menyediakan alternatif yang dapat menyumbang kepada kebaikan masyarakat dan mereka yang terlibat merupakan agenda yang perlu disegerakan. Secara keseluruhannya penulisan ini membincangkan tentang remaja yang terlibat di dalam salah...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Hadi, Ahmad Firdaus, Aripin, Muhamad Afzamiman, Zakaria, Wan Zulkhairi, Hamzah , Rohana, Udin, Amirmuddin
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/14939/1/Kurikulum_Pendidikan_Teknik_Vokasional.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/14939/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Malaysia
Language: English
Description
Summary:Jenayah juvana merupakan satu isu yang tidak boleh dipandang ringan. Menyediakan alternatif yang dapat menyumbang kepada kebaikan masyarakat dan mereka yang terlibat merupakan agenda yang perlu disegerakan. Secara keseluruhannya penulisan ini membincangkan tentang remaja yang terlibat di dalam salah laku jenayah dan perkaitannya dengan penggubalan kurikulum Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV). Isu disekitar faktor pendorong dan bentuk salah laku diterangkan bagi membolehkan tafsiran Juvana dilakukan secara adil dan benar. Dalam konteks memulihkan semula keyakinan mereka yang terlibat dalam jenayah juvana, PTV dilihat mampu menjadi komponen yang dapat menyuburkan semula harapan untuk hidup dalam masyarakat. Antara komponen yang dititik beratkan di dalam program kesedaran untuk golongan juvana ini adalah kemahiran yang berbentuk latihan vokasional. Hal ini adalah penting bagi membolehkan golongan juvana ini mempelajari dan menguasai kemahiran sebelum melangkah keluar bersama masyarakat. Orientasi kurikulum PTV yang berfokus pula mampu menjadi alat penghubung bagi remaja yang bermasalah untuk memperbaiki diri, memberikan sumbangan kepada persekitaran dan membangunkan ekonomi negara tanpa mengabaikan matlamat falsafah pendidikan negara yang mahu menghasilkan modal insan yang berkualiti dari aspek luaran mahupun dalaman.