Pendidikan, kurikulum dan masyarakat : satu integrasi
Pendidikan merupakan salah satu agenda utama dalam perancangan pembangunan negara. Hasil kepada proses pendidikan yang berpanjangan, maka akan wujud sebuah ketamadunan yang dapat berdiri megah dengan berpaksikan pendidikan bersifat universal. Bagaimanapun, proses pembentukan modal insan perlu meliha...
Saved in:
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
faculty of education
2011
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.utm.my/id/eprint/17084/1/JOE-1-2011-042.pdf http://eprints.utm.my/id/eprint/17084/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Teknologi Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Pendidikan merupakan salah satu agenda utama dalam perancangan pembangunan negara. Hasil kepada proses pendidikan yang berpanjangan, maka akan wujud sebuah ketamadunan yang dapat berdiri megah dengan berpaksikan pendidikan bersifat universal. Bagaimanapun, proses pembentukan modal insan perlu melihat semula kepada pemahaman yang jitu dan tulen akan definisi pendidikan, kurikulum dan masyarakat supaya signifikan dalam membentuk integrasi ketiga – tiga komponen. Dalam konteks ini, pendidikan, kurikulum dan masyarakat sebenarnya saling bergantungan antara satu sama lain. Menerusi definisi yang dihuraikan dan disimpulkan, dapat dikaitkan bahawa hanya dengan pendidikan dan perancangan kurikulum yang mantap, maka akan lahir masyarakat yang mampu hidup dengan jiwa kesederhanaan dan tahu akan tujuan penciptaannya. Melihat kepada perkaitan yang dibuat mengenai komponen pendidikan, kurikulum dan masyarakat, maka dalam konteks ini kita boleh membuat pengaplikasian menerusi penerapan konsep pendidikan bersepadu. Konsep pendidikan sepadu ini kemudiannya dilanjutkan kepada proses pengintegrasian pendidikan, kurikulum dan masyarakat. Akhirnya, kita akan membentuk sebuah masyarakat yang berjiwa sederhana, mengenal hakikat kebenaran, mengaplikasikan ilmu pengetahuan dengan cara yang betul dan seterusnya mencapai konsep mengenal hakikat diri. |
---|