Kemantapan penerapan falsafah pendidikan kebangsaan teras kemenjadian guru pendidikan teknik dan vokasional

Modal insan mula digunakan secara meluas apabila Rancangan Malaysia Kesembilan yang dibentangkan untuk perlaksanaan, di mana ia memberi penekanan terhadap penguasaan ilmu. Sudah tentu cara untuk menghasilkan modal insan yang mantap adalah menerusi pendidikan. Salah satu elemen penting dalam proses p...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Norihan, Ismail Sabri, Hamzah, Rohana, Udin, Amirmudin
Format: Article
Language:English
Published: faculty of education 2011
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/17085/1/JOE-1-2011-043.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/17085/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Malaysia
Language: English
Description
Summary:Modal insan mula digunakan secara meluas apabila Rancangan Malaysia Kesembilan yang dibentangkan untuk perlaksanaan, di mana ia memberi penekanan terhadap penguasaan ilmu. Sudah tentu cara untuk menghasilkan modal insan yang mantap adalah menerusi pendidikan. Salah satu elemen penting dalam proses pendidikan adalah guru. Guru sebenarnya memainkan peranan yang penting terhadap pembangunan negara. Bagaimanapun, untuk mendapatkan guru yang berdedikasi dan dinamik, wujud keperluan terhadap program pendidikan guru yang terancang dengan rapi bagi merealisasikan impian tersebut. Program pendidikan guru tersebut perlulah berpaksikan kepada pendekatan yang bersifat sistematik, holistik dan dapat mencapai objektif pendidikan. Paksi kepada pendekatan tersebut sudah tentu adalah penerapan yang mantap berkenaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Menerusi kemantapan integrasi antara tiga perkara iaitu kepercayaan guru kepada Tuhan, guru yang mempunyai ilmu dan kemahiran yang bersepadu dan guru yang mempunyai nilai yang baik dan terpuji, sudah pasti guru dapat mendepani pelbagai cabaran dalam arus modenisasi pendidikan teknik dan vokasional (PTV). Dengan dibantu dua perspektif kemenjadian guru yang dipenuhi, maka kualiti guru yang dikehendaki akan terhasil dan dapat membantu meningkatkan tahap pendidikan terutamanya pendidikan teknik dan vokasional. Seiring dengan itu, guru PTV juga perlu meningkatkan segala daya usaha di dalam melaksanakan sistem PTV bagi memastikan keluaran sistem ini adalah berkualiti dan berjiwa yang tinggi.