Lempung serisit Bidor, Perak: suatu contoh kaedah yang digunakan untuk taksiran awal bagi lempung seramik dan industri

Luluhawa setempat ke atas syis kuarza-mika telah membentuk lempung serisit di sekitar Bidor, Perak. Lima belas sampel mendapan lempung tersebut dikumpul dengan cara penggerimitan dan penggalian. Lempung ini secara dominan terdiri daripada ilit/ muskovit, kaolinit dan kuarza, sementara ilmenit, alkal...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Junin, Radzuan
Format: Article
Language:English
Published: Jabatan Geologi, UKM 1990
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/4103/1/SKMBT_60007071614540.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/4103/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Malaysia
Language: English
Description
Summary:Luluhawa setempat ke atas syis kuarza-mika telah membentuk lempung serisit di sekitar Bidor, Perak. Lima belas sampel mendapan lempung tersebut dikumpul dengan cara penggerimitan dan penggalian. Lempung ini secara dominan terdiri daripada ilit/ muskovit, kaolinit dan kuarza, sementara ilmenit, alkali feldspar dan smektit wujud sebagai mineral surihan. Serpihan-serpihan kecil muskovit didapati banyak terdapat dalam pecahan lempung kasar, manakala penjumlahan ilit semakin meningkat dalam pecahan yang lebih kecil. Kewujudan mineral tak plastik seperti muskovit dan kuarza dan juga saiz zarah bahan lempung mempengaruhi sifat keplastikan lempung. Lempung Bidor mempunyai pengecutan bakar rendah hingga sederhana dan warna bakar yang putih samara hingga kelabu. Data daripada sifat-sifat fizik mencadangkan bahawa lempung ini tidak sesuai digunakan sebagai bahan penyalut pada kertas. Walau bagaimanapun, ia mungkin boleh diguna sebagai bahan pengisi dalam industri getah, plastic, cat dan fluks kimpalan. Disebabkan lempung Bidor mempunyai semua ramuan secara semula jadi, maka ia begitu sesuai digunakan untuk keluaran batu bata dan barangan tembikar (earthenware).