Tatacara adab mengimarah Masjid

Masjid dipanggil sebagai baitullah, iaitu rumah Allah S.W.T. Apabila menyebut tentang rumah Allah S.W.T., iaitu selaku rumah Raja bagi segala raja di dunia dan akhirat, maka protokol di rumahNya sudah tentu perlu diambil berat oleh manusia yang mengunjunginya agar kesan rahmat, kasih sayang dan hida...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Jasmi, Kamarul Azmi
Other Authors: Mustari, Mohd. Ismail
Format: Book Section
Language:English
Published: Universiti Teknologi Malaysia Press 2008
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/41080/1/KamarulAzmiJasmi2008_TatacaraAdabMengimarahMasjid.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/41080/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Malaysia
Language: English
Description
Summary:Masjid dipanggil sebagai baitullah, iaitu rumah Allah S.W.T. Apabila menyebut tentang rumah Allah S.W.T., iaitu selaku rumah Raja bagi segala raja di dunia dan akhirat, maka protokol di rumahNya sudah tentu perlu diambil berat oleh manusia yang mengunjunginya agar kesan rahmat, kasih sayang dan hidayah-Nya benar-benar dapat dimiliki oleh pengunjungnya. Justeru, dalam artikel ini, perbincangan akan menumpukan secara ringkas tatacara adab dalam masjid dengan melihat kepada peranan, matlamat dan kelebihan tatacara adab tersebut yang diambil daripada sumber alQuran dan hadis. Masjid menurut Ibnu Manzur, (1997: 204/3) merupakan ism makan yang bererti tempat orang yang sujud di atasnya. Al-Dzujaj mendefinisikan masjid sebagai semua tempat yang terdapat orang beribadat (kepada Allah S.W.T.). Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. (al-Bukhari, 1994: 129/1; al-Nasa’i, 1930: 210/1): Terjemahan: Daripada Jabir bin ‘Abdullah, dia melaporkan, “Rasulullah s.a.w. bersabda, “Aku diberikan (oleh Allah S.W.T.) lima perkara yang belum pernah diberikan kepada seorang nabi pun..dan dijadikan untukku bumi sebagai masjid dan suci.” (Al-Bukhari) Kemudian perkataan masjid menurut Sibawaih (Ibnu Manzur, 1997: 204/3) dijadikan nama bagi rumah (ibadat orang Islam). Definisi ini disokong oleh Kamus Dewan (1995: 1002) yang menyatakan bahawa masjid merupakan bangunan khas tempat umat Islam melakukan solat Jumaat dan ibadah yang lain. Masjid disebut rumah Allah berdasarkan banyak firman Allah, antaranya, Terjemahan: Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk. (Surah al-Taubah, 9:18) Terjemahan: (Nur hidayah petunjuk Allah itu bersinar dengan nyatanya terutama sekali) di rumah-rumah ibadat yang diperintahkan oleh Allah supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingat nama Allah padanya; di situ juga dikerjakan ibadat mensuci dan memuji Allah pada waktu pagi dan petang. (Surah al-Nur, 24:36) Oleh kerana rumah Allah S.W.T. di dunia adalah masjid, maka Islam telah memperkenalkan protokol dan tatacara yang sesuai dengan kebesaran rumah tersebut untuk diamalkan oleh umat Islam di dunia ini. Gambaran protokol ini boleh digambarkan sebagaimana umat manusia yang dijemput ke istana raja di dunia. Mereka akan memperhatikan pakaian yang sesuai, buat tangan yang setaraf dengan kedudukan raja dan mengetahui, mempraktikkan protokol yang telah digariskan di istana agar tidak dimurkai oleh raja yang menjemputnya. Namun begitu gambaran ini tidak boleh menyamai dengan Raja bagi segala raja, iaitu Allah S.W.T. dengan segala kebesaran dan keagungannya, kerana Dia tiada tandingnya dengan raja-raja di dunia. Subtajuk berikut akan membincangkan tatacara ketika berada di rumah Allah S.W.T., iaitu masjid dengan melihat hikmat dan tujuan tatacara tersebut.