Pengesanan selisih berbilang laluan gps melalui cerapan pelbagai antena

Teknik pengukuran GPS merupakan satu kaedah pengukuran di mana kedudukan stesen di bumi dapat ditentukan melalui satelit GPS yang berada di angkasa lepas. Satelit tersebut akan memancarkan isyaratnya dan diterima oleh alat penerima di bumi. Namun begitu, sebelum isyarat yang dipancarkan itu tiba ke...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mat Amin, Zulkarnaini, Kamaruddin, Md. Nor, Wan Mohd. Akib, Wan Abdul Aziz
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/4657/1/Zulkarnaini_MSTC_2003.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/4657/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Malaysia
Language: English
Description
Summary:Teknik pengukuran GPS merupakan satu kaedah pengukuran di mana kedudukan stesen di bumi dapat ditentukan melalui satelit GPS yang berada di angkasa lepas. Satelit tersebut akan memancarkan isyaratnya dan diterima oleh alat penerima di bumi. Namun begitu, sebelum isyarat yang dipancarkan itu tiba ke alat penerima, ia terlebih dahulu terdedah kepada beberapa seliseh yang di antaranya adalah seliseh berbilang laluan. Seliseh ini berlaku apabila isyarat yang sampai kepada alat penerima melebihi dari satu laluan iaitu datang dari arah yang berbagai-bagai. Fenomena ini berlaku kerana adanya pembalikan daripada permukaan bumi atau dari objek-objek yang tinggi pembalikannya seperti bangunan yang terdapat dipersekitaran stesen cerapan. Ini menyebabkan alat penerima menerima isyarat satelit bukan hanya dari satu sumber tetapi juga dari sumber yang lain. Seliseh ini merupakan salah satu faktor penting dalam mempengaruhi ketepatan sesuatu pengukuran, terutamanya dalam kerja-kerja yang berkejituan tinggi. Kertas kerja ini akan membincangkan mengenai pengesanan selisih di atas melalui cerapan yang dilakukan oleh dua jenis antena yang berbeza daripada segi rekabentuknya. Kewujudan selisih berbilang laluan daripada cerapan ini dibuktikan melalui analisis terhadap residual cerapan GPS.