Sumbangan muhaddithin ashab al-sunan dalam perubatan nabi (Al-Tibb Al-Nabawiyy)

Kecemerlangan tamadun Islam dan sumbangannya terhadap dunia meliputi pelbagai aspek termasuklah persoalan mengenai perubatan tradisional Islam yang dikenali sebagai perubatan Nabi {al- Tibb al-Nabawiyy}. Hadis lebih dikenali sebagai sumber perundangan kedua selepas al-Quran khasnya dalam aspek hukum...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Marni, Nurazmallail
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/61256/1/NurazmallailMarni2014_SumbanganIlmuwanIslamdalamPerubatanNabi.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/61256/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kecemerlangan tamadun Islam dan sumbangannya terhadap dunia meliputi pelbagai aspek termasuklah persoalan mengenai perubatan tradisional Islam yang dikenali sebagai perubatan Nabi {al- Tibb al-Nabawiyy}. Hadis lebih dikenali sebagai sumber perundangan kedua selepas al-Quran khasnya dalam aspek hukum dan perundangan. Usaha gigih muhadditihin khasnya ashab al-sunan terserlah dalam bentukkompilasi hadis yangdisusun rapi dengan menggunakan pendekatan bab-bab tertentu termasuk yang berkaitan dengan perubatan. Artikel ini membincangkan tentang sumbangan muhaddithin yang mengkompilasi hadis-hadis dalam kitab al-sunan yang turut merangkumi persoalan berkaitan perubatan Nabi. Metodologi kajian ini berasaskan kajian terhadap bahan-bahan ilmiah khususnya buku dan kajian-kajian yang berkaitan dengan kitab-kitab hadis yang merekodkan hadis-hadis berkaitan dengan perubatan. Fenomena ini mendorong kepada terbinanya satu istilah yang disebut sebagai perubatan Nabi dalam mendokong usaha mengembalikan umat Islam agar kembali merujuk dan berpegang dengan panduan Nabi MuhammadSAW dalam aspek kesihatan dan rawatan penyakit. Diharapkan penulisan ini dapat menonjolkan kecemerlangan tamadun Islam dan sumbangan para ilmuwan Islam khasnya muhadditihin ashab al-sunan dalam memperkenalkan masyarakat sedunia kepada perubatan Nabi yang merupakan warisan penting bagi umat Islam dalam mencapai kesihatan dan kesejahteraan yangholistik di duniadan akhirat.