Pendekatan Islam dalam menangani masalah hubungan etnik: Pelaksanaannya pada zaman Rasulullah saw

Masyarakat majmuk sering terdedah kepada persengketaan etnik dan agama dan ia adalah satu keadaan yang berterusan dan semula jadi dalam masyarakat.Keadaan ini boleh mendorong kepada konflik secara terbuka antara etnik, terutamanya jika terdapat perbezaan kepentingan dari segi sosio-ekonomi, polit...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdullah, Syahrul Faizaz, Salim, Ssuna
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/14578/1/22.pdf
http://repo.uum.edu.my/14578/
http://www.iaha2014.uum.edu.my/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Utara Malaysia
Language: English
Description
Summary:Masyarakat majmuk sering terdedah kepada persengketaan etnik dan agama dan ia adalah satu keadaan yang berterusan dan semula jadi dalam masyarakat.Keadaan ini boleh mendorong kepada konflik secara terbuka antara etnik, terutamanya jika terdapat perbezaan kepentingan dari segi sosio-ekonomi, politik dan kebudayaan.Masalah hubungan etnik juga boleh tercetus dalam hubungan intra etnik, walaupun mereka mempunyai persamaan dari segi agama, bahasa dan budaya.Keadaan ini berlaku kerana etnik terdapat perbezaan dalam kalangan mereka dari segi ekonomi, politik dan budaya atau kerana terdapat kepentingan peribadi. Senario yang sama berlaku dalam sejarah Islam pada zaman awal Islam. Bagi mengatasi masalah ini, Rasulullah SAW telah melaksanakan beberapa dasar dalam pentadbiran bagi mewujudkan keharmonian dalam masyarakat majmuk.Orang Islam, Yahudi, Kristian dan orang-orang Musyrik saling menghormati antara satu sama lain dan hidup dalam keadaan aman, orang Islam pula bersatu di bawah panji-panji persaudaraan Islam di-sebalik latar belakang etnik yang berbeza.Oleh itu, kertas kerja ini bertujuan untuk menganalisis pendekatan yang dilaksanakan oleh Nabi SAW dalam menangani masalah hubungan etnik di Negara Islam Madinah.Kaedah analisis teks digunakan dalam menganalisis secara kritikal peranan dan keberkesanan beberapa dasar yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah untuk memastikan hubungan harmoni di kalangan pelbagai kumpulan etnik. Dapatan kajian mendapati bahawa Rasulullah SAW telah melaksanakan beberapa dasar bagi memastikan keharmonian masyarakat berbilang etnik.Antara dasar tersebut ialah pembinaan masjid, mempersaudarakan di antara etnik yang berbeza atas nama persaudaraan Islam dan mengikat perjanjian dengan orang bukan Islam.Bagi mengatasi masalah hubungan etnik pula Rasulullah SAW telah melaksanakan dasar diplomasi atau tindakan undang-undang terhadap individu yang cuba menimbulkan huru hara dalam Islam dalam kalangan pengamal ajaran sesat, orang munafik dan orang Yahudi.