Faktor kebergunaan dan kemudahgunaan terhadap niat penggunaan e-dagang di kalangan industri kecil dan sederhana di Sabah
Kajian ini bertujuan untuk menentukan penerimaan e-dagang di kalangan pengurusan atasan Industri Kecil dan Sederhana di Sabah dari persepktif niat bertingkah laku untuk menggunakan e-dagang. E-dagang merujuk kepada proses penyediaan, pembelian dan penjualan maklumat, produk atau perkhidmatan denga...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | http://repo.uum.edu.my/16392/1/37.pdf http://repo.uum.edu.my/16392/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Utara Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk menentukan penerimaan e-dagang di kalangan pengurusan atasan Industri
Kecil dan Sederhana di Sabah dari persepktif niat bertingkah laku untuk menggunakan e-dagang. E-dagang merujuk kepada proses penyediaan, pembelian dan penjualan maklumat, produk atau
perkhidmatan dengan bantuan rangkaian komputer dan telekomunikasi yang menggunakan teknologi internet untuk tujuan komersial.Teori kajian ini diadaptasi daripada Model Penerimaan Teknologi (TAM) dengan memasukkan dua pembolehubah tidak bersandar dan satu pembolehubah bersandar.Pembolehubah tidak bersandar merangkumi persepsi kebergunaan dan persepsi kemudahgunaan.Manakala pembolehubah bersandar ialah niat bertingkah laku untuk menggunakan e-dagang.Data diperolehi menggunakan instrumen soal selidik melibatkan 550 responden yang terdiri daripada pengurusan atasan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Sabah. Bagaimanapun, hanya 281 borang soal selidik yang diterima lengkap dan diambil kira untuk tujuan analisis. Kadar respon daripada responden ialah 51.1%. Analisis dilakukan menggunakan ujian deskriptif, korelasi dan regresi berganda.Ujian deskriptif adalah untuk mengetahui frekuensi dan peratusan profil responden.Ujian korelasi pula untuk mengetahui hubungan di antara dua pembolehubah tidak bersandar iaitu persepsi kemudahgunaan dan persepsi kebergunaan.Manakala ujian regresi berganda untuk mengetahui signifikan di antara dua pembolehubah tidak bersandar dengan satu pembolehubah bersandar.Hasil daripada kajian menunjukkan 37.4 peratus responden mempunyai niat bertingkah laku untuk menggunakan e-dagang.Di samping itu, persepsi kemudahgunaan mempunyai hubungan yang signifikan dengan persepsi kebergunaan.Hasil ujian regresi berganda menunjukkan persepsi kebergunaan dan persepsi kemudahgunaan mempunyai pengaruh positif ke atas niat bertingkah laku menggunakan e-dagang.Hasil daripada dapatan kajian, beberapa perbincangan dan cadangan telah dikemukakan dalam kertas projek ini. |
---|