Risiko perhubungan terhadap perkongsian maklumat di kalangan pengusaha stesen minyak di Changlun

Perkongsian maklumat adalah merupakan bahan utama untuk organisasi yang mahu kekal berdaya saing. Pemahaman dan amalan perkongsian maklumat menjadi semakin penting untuk organisasi untuk kekal daya saing. Perkongsian maklumat telah terbahagi kepada dua bahagian iaitu perkongsian maklumat huluan dan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Wan Jais, Wan Nor Fazira Wahida, Romli, Azizi
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/22604/1/STML%E2%80%93Go%20Green%202016%20249%20257.pdf
http://repo.uum.edu.my/22604/
http://stmlportal.net/stmlgogreen2016/pdf/p249.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Utara Malaysia
Language: English
Description
Summary:Perkongsian maklumat adalah merupakan bahan utama untuk organisasi yang mahu kekal berdaya saing. Pemahaman dan amalan perkongsian maklumat menjadi semakin penting untuk organisasi untuk kekal daya saing. Perkongsian maklumat telah terbahagi kepada dua bahagian iaitu perkongsian maklumat huluan dan perkongsian maklumat hiliran.Kajian lepas mendapati perkongsian maklumat adalah sebagai satu pendekatan yang penting kepada perusahaan dan pemboleh integrasi rantaian bekalan.Terdapat pelbagai pemboleh ubah yang dapat dikaji dalam perkongsian maklumat dalam rantaian bekalan ini seperti simetri kuasa, konflik tidak berfungsi dan kelakuan oportunis.Kajian ini bertujuan untuk menentu dan menjelaskan hubungan yang wujud antara risiko perhubungan dengan tahap perkongsian maklumat dalam rantaian bekalan stesen minyak di Changlun dan untuk mengukur tahap pengaruh risiko perhubungan terhadap perkongsian maklumat dalam rantaian bekalan stesen minyak di Changlun.Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan teknik soal selidik pengusaha-pengusaha stesen minyak di kawasan kajian iaitu Changlun.Data analisis menggunakan SPSS bagi analisis deskriptif dan kolerasi yang telah dijalankan.Kajian mendapati risiko perhubungan memberi pengaruh yang besar terhadap amalan perkongsian maklumat dalam kalangan pengusaha stesen minyak di Changlun.Dengan ini, amalan perkongsian maklumat ini mempunyai hubungan yang signifikan dengan risiko perhubungan dan risiko perhubungan mempunyai signifikan ke atas prestasi syarikat minyak tersebut.