Suatu penilaian tahap kesediaan transformasi di sebuah agensi kerajaan
Pelan strategik sektor awam telah mengariskan lima teras utama iaitu mendaya upaya bakat, merekayasa organisasi, merakyatkan penyampaian perkhidmatan, merangkum dan sepunya, dan membudaya nilai sebagai teras transformasi perkhidmatan awam. Walaupun pelbagai inisiatif penambahbaikan telah dijalankan...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2015
|
Subjects: | |
Online Access: | http://repo.uum.edu.my/23940/1/RC29.pdf http://repo.uum.edu.my/23940/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Utara Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Pelan strategik sektor awam telah mengariskan lima teras utama iaitu mendaya upaya bakat, merekayasa organisasi, merakyatkan penyampaian perkhidmatan, merangkum dan sepunya, dan membudaya nilai sebagai teras transformasi perkhidmatan awam. Walaupun pelbagai inisiatif penambahbaikan telah dijalankan sebelum ini, masih terdapat aduan-aduan ketidakcekapan dan ketidakberkesanan dilaporkan. Maka, persoalan yang perlu untuk dijawab ialah sejauh manakah kesediaan agensi kerajaan melaksanakan transformasi, dan apakah terdapat perbezaan persepsi terhadap elemen-elemen kesediaan organisasi dikalangan kumpulan jawatan. Oleh itu, kesediaan sesebuah agensi kerajaan dalam memacu transformasi perkhidmatan akan dinilai berasaskan elemen 7s McKinsey iaitu strategi, struktur, sistem, staf, gaya, perkongsian nilai dan kemahiran. Malah perbezaan persepsi terhadap keupayaan organisasi dalam merealisasikan transformasi juga dikaji. Sehubungan dengan itu sebuah agensi kerajaan telah dipilih untuk dirujuk sebagai kes bagi menilai kesediaan perlaksanaan
transformasi. Kaedah soal selidik digunakan untuk mendapatkan data berkaitan.Tahap pencapaian elemen elemen yang dikaji diukur dengan menggunakan skala 4 mata.Perisian SPSS vs 19 digunakan untuk tujuan penerokaan, analisis deskriptif dan ujian-t untuk
kumpulan tak bersandar. Secara keseluruhannya, organisasi berjaya mencapai tahap tinggi
untuk kesemua elemen yang dikaji.Namun tumpuan harus juga diberikan kepada elemen yang agak rendah skornya iaitu staf, gaya, perkongsian nilai dan kemahiran.Kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan persepsi terhadap elemen gaya di kalangan kumpulan jawatan. Pemimpin peringkat tertinggi perlulah menunjukan kepimpinan yang baik bukan sahaja kepada golongan pengurusan dan profesiional malah juga kepada kumpulan pelaksana. |
---|