Memimpin Pengambilalihan Perniagaan Keluarga: Kaedah, Masalah dan Cara Mengatasinya (Leading a Family Business Acquisition: Methods, Problems and How to Handle Them)

Kajian ini mempunyai tiga objektif, iaitu 1) untuk meneroka kaedah yang digunakan oleh pengganti dalam memimpin pengambilalihan perniagaan keluarga, 2) untuk meneroka masalah yang dihadapi oleh pengganti dalam memimpin pengambilalihan perniagaan keluarga, dan 3) untuk meneroka kaedah yang digunakan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohamad, Armanurah, Naiimi, Nasri, Abdullah, Syahrina
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Utara Malaysia 2018
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/24011/1/IJMS%20%2024%202%202018%201%2026.pdf
http://repo.uum.edu.my/24011/
http://ijms.uum.edu.my/index.php/current-issues
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Utara Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kajian ini mempunyai tiga objektif, iaitu 1) untuk meneroka kaedah yang digunakan oleh pengganti dalam memimpin pengambilalihan perniagaan keluarga, 2) untuk meneroka masalah yang dihadapi oleh pengganti dalam memimpin pengambilalihan perniagaan keluarga, dan 3) untuk meneroka kaedah yang digunakan oleh pengganti bagi mengatasi masalah dalam memimpin pengambilalihan perniagaan keluarga.Kajian ini dijalankan secara kualitatif menggunakan pendekatan kajian kes. Teknik temu bual digunakan untuk pengutipan data. Responden kajian terdiri daripada lima unit perniagaan keluarga yang beroperasi di utara Malaysia. Protokol temu bual secara berstruktur dibangunkan untuk menerokai maklumat berkaitan dengan ketiga-tiga objektif di atas. Kajian ini mendapati kaedah yang digunakan dalam memimpin pengambilalihan perniagaan keluarga ialah penerusan gaya memimpin perniagaan daripada pengasas, penggunaan mentor atau penasihat, perbincangan ahli keluarga dan peranan orang berpengaruh. Masalah yang dihadapi oleh pengganti pula adalah dari segi ketidakpuasan kepimpinan dalam kalangan ahli keluarga kerana faktor umur pengganti yang muda berbanding dengan ahli keluarga lain.Kaedah memimpin yang digunakan oleh pengganti untuk mengatasi masalah tersebut ialah bersikap mengalah dalam mengurus perniagaan keluarga yang akhirnya kepimpinan pengganti diterima oleh ahli keluarga. Implikasi kajian ini adalah untuk memimpin pengambilalihan perniagaan keluarga, pengasas dan pengganti perlu memahami pelbagai kaedah dalam memimpin perniagaan keluarga.Pengganti juga perlu mengetahui kaedah yang bersesuaian dalam menyelesaikan masalah memimpin pengambilalihan perniagaan keluarga serta cara menjalankan pengurusan secara profesional untuk membolehkan perniagaan keluarga berfungsi secara berkesan.