Lembaga zakat negeri Kedah dan Lembaga Tabung Haji Malaysia: kerjasama ke arah sinergi pemerkasaan ekonomi dan pembangunan ummah menerusi strategi lautan biru (Blue Ocean Strategy, BOS)

Kertas kerja ini merupakan satu tinjauan awal bagi menawarkan kerangka konsepsual pengurusan inter-organisasi Islam yang inklusif disesuaikan dari strategi lautan biru khusus untuk Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dan Lembaga Tabung Haji (LTH). Kajian ini menggunakan kaedah kajian berbentuk kualita...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ismail, Sharifah
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2019
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/26679/1/ZAWED%202019%20544%20556.pdf
http://repo.uum.edu.my/26679/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Utara Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kertas kerja ini merupakan satu tinjauan awal bagi menawarkan kerangka konsepsual pengurusan inter-organisasi Islam yang inklusif disesuaikan dari strategi lautan biru khusus untuk Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dan Lembaga Tabung Haji (LTH). Kajian ini menggunakan kaedah kajian berbentuk kualitatif. Data kajian yang dkumpulkan menggunakan pelbagai jenis teknik pengumpulan data seperti analisis dokumen, kajian kes, pemerhatian peserta dan bukan peserta, temu bual dan nota lapangan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa strategi lautan biru boleh menjadi pemangkin di dalam mencapai visi dan misi LZNK dan LTH seterusnya menyumbang kepada pembangunan sosio ekonomi ummah. Selain daripada itu, sesuai dengan perkembangan dan cabaran kontemporari, kerjasama strategik merentas organisasi berasaskan inovasi merupakan perkara yang imperatif bagi institusi-institusi agama di negara ini. Oleh itu, kajian ini mencadangkan satu kerangka modul pengurusan Islam berteraskan strategi lautan biru yang berupaya menjadi input baru serta modul kualiti penambahbaikan terutamanya kepada LZNK, LTH dan insitusi Islam yang lain di negara ini.