Pelan strategik untuk menangani isu dan cabaran dalam pengurusan zakat perniagaan di Kedah

Sesebuah organisasi memerlukan strategi yang berkesan untuk bersaing dengan jayanya di pasaran. Ini kerana persekitaran berubah dengan pantas dan menjadi lebih berdaya saing. Untuk mengatasi perubahan perlu dapat membangunkan strategi yang berkesan. Pelan strategik adalah kerangka kerja untuk melaks...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Sulaiman, Yaty, Abdul Rahman, Maria, Nik Mat, Nik Kamariah
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/26724/1/IPIZ%20UUM-LZNK%20RESEARCH%20GRANT-DR.%20YATY%20SULAIMAN.docx
http://repo.uum.edu.my/26724/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Utara Malaysia
Language: English
Description
Summary:Sesebuah organisasi memerlukan strategi yang berkesan untuk bersaing dengan jayanya di pasaran. Ini kerana persekitaran berubah dengan pantas dan menjadi lebih berdaya saing. Untuk mengatasi perubahan perlu dapat membangunkan strategi yang berkesan. Pelan strategik adalah kerangka kerja untuk melaksanakan pemikiran, arah tuju dan tindakan strategik yang membawa kepada pencapaian hasil yang konsisten dan dirancang. Dalam konteks zakat, dengan pendekatan strategik salah satunya seperti Pengurusan Perhubungan Pelanggan dapat meningkatkan pengumpulan dana zakat sehingga dapat memberi beberapa kelebihan seperti kesinambungan kepuasan dan kesetiaan muzakki, pengedaran zakat yang berkesan dan pengurusan zakat dapat memberi lebih fokus terhadap visi, misi, dan objektif yang telah ditetapkan. Selain itu, tahap pengumpulan zakat yang rendah ini dipercayai dikaitkan dengan kaedah pengumpulan yang terhad dan perancangan strategi pemungutan dan pengumpulan dana yang lemah yang dilaksanakan oleh institusi zakat di kebanyakan negara Islam. Selain itu, kerana kekurangan penyelidikan tentang hubungan pematuhan pembayaran zakat dengan perancangan strategik, membenarkan mengapa penyelidik ingin menyelidiki kajian ini. Matlamat utama kajian ini adalah untuk mengukur tahap kepatuhan membayar zakat perniagaan di kalangan peniaga kecil ini dijalankan bagi meningkatkan dan memperbaiki pelan strategik pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dan meningkatkan hasil kutipan zakat. Hasil dari kajian ini menunjukkan tahap kesedaran membayar zakat perniagaan di kalangan peniaga kecil negeri Kedah berada di tahap sederhana. Namun begitu kajian ini memiliki limitasi yang perlu di ambil kira di mana kajian ini menggunakan saiz sampel yang kecil menyebabkan hasil kajian yang diperoleh kurang tepat. Sampel kajian juga hanya terhad kepada golongan peniaga kecil Muslim di sekitar bandar Alor setar, Jitra, Changloon dan Sintok sahaja dan tidak mewakili keseluruh peniaga Muslim. Selain itu, soalan soal selidik yang digunakan adalah dibina sendiri dan tidak dapat diuji terlebih dahulu kerana kekangan masa. Ini menyebabkan hasil kajian yang diperolehi kurang boleh dipercayai. Walaubagaimanapun, hasil kajian ini boleh dimanfaatkan oleh pelbagai pihak dalam usaha meningkatkan kutipan zakat pada masa akan datang. Bagi meningkatkan jumlah kepatuhan peniaga dalam membayar zakat perniagaan, pejabat zakat perlu menggiatkan lagi promosi melalui jariangan sosial media dan menggiatkan aktiviti keusahawanan zakat agar dapat membantu golongan yang memerlukan serta meningkatkan ekonomi negara.