Konsep pembangunan semula Kampus Taman Siswa, Universiti Utara Malaysia

Kertas Kerja ini membincangkan cadangan konsep pembangunan semula kampus UUM di Taman Siswa, Jitra dan pelan strategik perlaksanaan projek yang telah dicadangkan.Kawasan kampus Taman Siswa UUM berkenaan telah menjangkau usia 32 tahun dan kini hanya beroperasi sebagai kawasan perumahan dan penginapan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Said, Mohd Syahril, Ngah, Kamarudin, Talib, Azlizan, Yusoff, Mohd. Nazaruddin, Md Noh, Mat Khalid
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/26760/1/ICOGPA%202016%201%2010c.pdf
http://repo.uum.edu.my/26760/
http://icogpa2016.weebly.com/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Utara Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kertas Kerja ini membincangkan cadangan konsep pembangunan semula kampus UUM di Taman Siswa, Jitra dan pelan strategik perlaksanaan projek yang telah dicadangkan.Kawasan kampus Taman Siswa UUM berkenaan telah menjangkau usia 32 tahun dan kini hanya beroperasi sebagai kawasan perumahan dan penginapan yang disewa kepada orang awam, pekerja industri, staf dan pelajar antarabangsa UUM. Faktor usia bangunan yang telah lama dan keadaan bangunan yang semakin uzur menyebabkan pihak pengurusan UUM terpaksa memperuntukan perbelanjaan kewangan yang tinggi bagi tujuan kos penyelenggaraan bangunan dan infrastruktur di persekitaran kawasan kampus tersebut yang berkeluasan 19 ekar.Beban kos penyelenggaraan yang semakin tinggi dan lokasi kawasan kampus yang sangat strategik di pusat tumpuan pembangunan baharu di Bandar Darul Aman menjadikan potensi pembangunan semula kampus berkenaan amat rasional dan berdaya maju.Hasil penemuan kajian mendapati potensi pembangunan semula kawasan kampus Taman Siswa amat tinggi dengan konsep tumpuan pembangunan berbentuk Pembangunan Bercampur iaitu melibatkan aktiviti perniagaan berkapasiti tinggi, perumahan bertingkat esklusif, pusat perubatan pakar, pusat pendidikan antarabangsa dan pembinaan utama iaitu Menara UUM yang menempatkan pusat pengajian siswazah UUM. Pembangunan baharu yang dicadangkan berupaya menjadi mercu tanda baharu pembangunan moden di Jitra dan menaikkan imej prestij UUM sebagai sebuah universiti pengurusan terkemuka.