Asnaf Al-Gharimin: Kajian Terhadap Takrifan Dan Corak Agihan Zakat Di Negeri Kedah

Umumnya, dana kutipan zakat di institusi zakat negeri di Malaysia menunjukkan peningkatan setiap tahun. Walaupun zakat diagihkan kepada setiap asnaf, namun asnaf algharimin masih kurang diberi perhatian. Menurut takrifan umum, al-gharimin merupakan golongan yang berhutang untuk tujuan memenuhi keper...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Baharum, Nadiah Nabilah, Md. Tahir, Raziah, Hamed, Abu Bakar
Format: Article
Language:English
Published: Lembaga Zakat Negeri Kedah 2021
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31394/1/IJZIP%2003%2001%202021%20114-124.pdf
https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31394/
https://journal.zakatkedah.com.my
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Utara Malaysia
Language: English
Description
Summary:Umumnya, dana kutipan zakat di institusi zakat negeri di Malaysia menunjukkan peningkatan setiap tahun. Walaupun zakat diagihkan kepada setiap asnaf, namun asnaf algharimin masih kurang diberi perhatian. Menurut takrifan umum, al-gharimin merupakan golongan yang berhutang untuk tujuan memenuhi keperluan asas kehidupan yang dibenarkan syarak. Kertas kerja ini ingin meneliti dua perkara utama mengenai isu asnaf al-gharimin. Pertama, mengenal pasti takrifan al-gharimin di Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK). Kedua, mengenal pasti ciri dan corak agihan zakat kepada asnaf al-gharimin. Metodologi pengumpulan data dan maklumat kajian dilakukan melalui kaedah temu bual bersama informan pakar dan penelitian dokumen berkaitan topik kajian. Kaedah temu bual pakar melibatkan pihak pengurusan atasan bahagian agihan LZNK, pakar syariah zakat dan pakar akademik dalam bidang zakat. Penelitian dokumen pula adalah berdasarkan data dan maklumat yang diperolehi daripada portal rasmi LZNK. Hasil kajian diharapkan dapat merungkai persoalan berkaitan takrifan dan corak agihan zakat al-gharimin seterusnya dapat mencadangkan penambahbaikan dalam kaedah serta bentuk agihan zakat al-gharimin yang sedia ada