Mekanisme Bantuan Zakat Dalam Membangunkan Pendidikan Anak-anak Asnaf di Kedah
Pendidikan dalam Islam sangat penting kerana ayat al-Quran pertama kali diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW adalah surah al-‘Alaq ayat satu hingga lima. Proses untuk mencapai pendidikan yang baik memerlukan dana kewangan yang tinggi dan tidak semua orang yang mampu, terutamanya golongan asnaf fakir...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2020
|
Subjects: | |
Online Access: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31402/1/IBMC%202020%20278-283.pdf https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31402/ http://ibs.uum.edu.my/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Utara Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Pendidikan dalam Islam sangat penting kerana ayat al-Quran pertama kali diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW adalah surah al-‘Alaq ayat satu hingga lima. Proses untuk mencapai pendidikan yang baik memerlukan dana kewangan yang tinggi dan tidak semua orang yang mampu, terutamanya golongan asnaf fakir dan miskin. Kemiskinan harta yang digabungkan dengan kemiskinan jiwa sangat merbahaya kerana dapat mendorong individu tersebut cepat putus asa dan hidup dalam kekecewaan. Zakat sebagai instrumen yang menjamin keadilan sosial dalam masyarakat dapat berperanan aktif dan efisyen untuk membantu keluarga miskin. Tidak adil membiarkan orang miskin terus hidup dalam kemiskinan harta benda, kerana sumbangan kepada institusi kewangan Islam dapat memberi harapan kepada asnaf untuk mengubah status kehidupan, terutama melalui bantuan pendidikan. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengenalpasti mekanisme bantuan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dalam membantu pelajar-pelajar asnaf fakir,miskin dan fi-sabilillah. Metodologi kualitatif dilakukan dengan menemu bual informan yang berkaitan dengan isu yang dikaji. LZNK berperanan proaktif dalam membantu asnaf melalui pelbagai bantuan pendidikan. Sebilangan besar agihan tahunan zakat disalurkan kepada bantuan pendidikan melalui pelbagai program yang dijalankan oleh LZNK. Bantuan LZNK untuk pendidikan bermula dari sekolah menengah hingga tahap pendidikan tinggi iaitu pengajian doktor falsafah. Kajian ini mendapati bahawa ramai anak-anak asnaf yang mendapat peluang belajar dengan bantuan zakat pendidikan dan mereka juga memerlukan bantuan lain seperti komputer riba, buku-buku rujukan dan makanan yang sihat. Kajian juga mencadangkan agar LZNK perlu mengemas kini profil pendidikan asnaf yang berjaya dan memperbaiki kaedah pemantauan penerima. Mekanisme agihan bantuan pelajar luar negara juga perlu dipertingkatkan pengurusannya serta LZNK juga dicadangkan agar dapat meluaskan bantuan pendidikan kepada anak-anak asnaf di sekolah rendah |
---|