Standad Perakaunan untuk Geran Modal Pembangunan dan Geran Tertunda (S/O 14293)

Kajian ini dijalankan bagi meneliti dan memperhalusi layanan perakaunan dan pelaporan kewangan ke atas geran pembangunan dan geran pembangunan tertunda berdasarkan piawai perakaunan. Objektif penyelidikan ini adalah pertamanya mengenalpasti amalan semasa dan mendapat pandangan mengenai isu pengiktir...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Malak, Siti Seri Delima, Ishak, Zuaini, Derashid, Chek, Mohd Ariff, Arifatul Husna
Format: Monograph
Language:English
Published: UUM 2021
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31572/1/14293.pdf
https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31572/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Utara Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kajian ini dijalankan bagi meneliti dan memperhalusi layanan perakaunan dan pelaporan kewangan ke atas geran pembangunan dan geran pembangunan tertunda berdasarkan piawai perakaunan. Objektif penyelidikan ini adalah pertamanya mengenalpasti amalan semasa dan mendapat pandangan mengenai isu pengiktirafan geran pembangunan oleh universiti awam lain sebagai perbandingan dengan amalan oleh UUM. Kedua, mendapatkan pandangan auditor dan pihak penggubal piaiwaian dan yang terakhir adalah mencadangkan layanan perakaunan dan pelaporan bagi geran pembangunan dan geran pembangunan tertunda berdasarkan piawai perakaunan. Penyelidikan ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kualitatif. Dokumen-dokumen seperti piawaian perakaunan iaitu MPERS 24, MPSAS 23 dan MFRS 120 dianalisa bagi mengenalpasti layanan perakaunan dan pelaporan untuk geran pembangunan dan geran pembangunan tertunda secara teori. Selain itu, sesi temubual dengan pihak firma audit perakaunan juga dijalankan bagi mendapatkan pandangan mereka tentang isu ini. Hasil dapatan mendapati terdapat ruang untuk pertimbangan sekiranya pihak UUM ingin mengiktiraf geran pembangunan ini sebagai ekuiti di awal penerimaan geran. Namun, ini hanya boleh berlaku sekiranya pihak kerajaan menyatakan syarat dan ketetapan dengan jelas tentang penggunaan dan hak milik aset tersebut semasa dana diterima dan fasiliti telah siap dibina