Covid-19 dan PDPR Subjek Pendidikan Islam: Pelaksanaan dan Cabaran di Sekolah Agama Daerah Kubang Pasu, Kedah (S/O 14792)

COVID-19 telah memberi impak yang besar kepada pelbagai sektor di seluruh dunia, termasuklah sektor pendidikan. Impak ini memberi kesan kepada para pendidik dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PDPR). PDPR harus dilaksanakan bagi memastikan pelajar tidak ketinggalan walaupun duni...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Haji Abd. Wahab, Rukaiyah, Ismail, Sharifah, Mohamad Cusairi, Rafidah
Format: Monograph
Language:English
Published: UUM 2021
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31617/1/14792.pdf
https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31617/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Utara Malaysia
Language: English
Description
Summary:COVID-19 telah memberi impak yang besar kepada pelbagai sektor di seluruh dunia, termasuklah sektor pendidikan. Impak ini memberi kesan kepada para pendidik dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PDPR). PDPR harus dilaksanakan bagi memastikan pelajar tidak ketinggalan walaupun dunia berdepandengan pandemik COVID-19. Oleh itu, satu kaji selidik telah dijalankan di mana persoalan dan objektif kajian adalah berkisarkan tentang pelaksanaan, cabaran dan langkah pemerkasaan PDPR. Kaji selidik telah dilakukan di lima buah sekolah agama di daerah Kubang Pasu yang melibatkan 77 orang guru. Hasil kajian mendapati\ bahawa guru telah melaksanakan PDPR walaupun mereka menghadapi pelbagai cabaran dalam melaksanakan PDPR seperti kesukaran berinteraksi dengan murid, sukar mendapat perhatian daripada murid dan akses internet yang terhad. Dalam usaha untuk memperkasakan PDPR, para guru amatlah memerlukan sokongan dari pelbagai pihak termasuklah ibubapa, pelajar, sekolah, NGO yang bemaung, kerajaan negeri Kedah dan Malaysia. Oleh itu, dapatan kajian ini amatlah penting kepada pihak sekolah dan sektor Pendidikan Islam untuk mengkaji dan membuat penambahbaikan PDPR agar objektif pendidikan tercapai