Dasar British terhadap Indonesia 1945-1967: Satu kajian historikal

Penyelidikan ini adalah dalam bidang Sejarah khususnya Sejarah Diplomatik. Tumpuan perbincangan adalah mengenai dasar British terhadap Indonesia antara tahun 1945 hingga 1967. Pemilihan tempoh ini bersesuaian dengan peristiwa-peristiwa yang berlaku di Indonesia yang merupakan "peristiwa ledak&q...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ab Ghani, Rohani
Other Authors: Mustaffa, Che Su
Format: Book Section
Language:English
Published: Prentice Hall 2008
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/3405/1/Rc.pdf
http://repo.uum.edu.my/3405/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Utara Malaysia
Language: English
Description
Summary:Penyelidikan ini adalah dalam bidang Sejarah khususnya Sejarah Diplomatik. Tumpuan perbincangan adalah mengenai dasar British terhadap Indonesia antara tahun 1945 hingga 1967. Pemilihan tempoh ini bersesuaian dengan peristiwa-peristiwa yang berlaku di Indonesia yang merupakan "peristiwa ledak" atau flash-point yang memberikan kesan yang besar dalam hubungan negara itu dengan kuasa-kuasa Barat antaranya ialah Britain.Ia bermula pada tahun 1945 apabila Indonesia mengisytiharkan kemerdekaan secara unilateral hingga berakhirnya regim Presiden Sukamo pada 1967. Kajian ini meneliti pendekatan, sikap dan pendirian British terhadap Indonesia dalam era Perang Dingin dari konteks kepentingan strategik, politik dan keselamatan di Asia Tenggara. Persoalan-persoalan signifikan yang dibangkitkan ialah sikap Britain terhadap revolusi di Indonesia, isu Irian Barat, konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia dan Gestapu 30 September 1965 serta kewujudan regim Order Baru. Sikap Britain ke atas regim Sukarno dan Partai Komunis Indonesia juga turut dianalisa.Kajian ini merupakan satu penyelidikan yang berasaskan kepada pendekatan sejarah dengan memberikan tumpuan terhadap penggunaan sumber-sumber primer iaitu rekod-rekod rasmi seperti rekod Pejabat Luar British, kertas Kabinet dan kertas Perdana Menteri di British National Archive, Kew, London. Di samping itu juga kajian ini turut menggunakan sumber-sumber sekunder dan maklumat yang diperolehi daripada tokoh-tokoh yang telah di temubual. Dapatan kajian ini juga menyimpulkan bahawa dasar British terhadap Indonesia tidak dipengaruhi oleh peralihan pentadbiran dan kepimpinan di Britain sebaliknya berpaksikan kepada kepentingan nasional mereka.