#TITLE_ALTERNATIVE#
Model geologi berasaskan computer 3D statik merupakan gaya dan kaedah terbaru untuk menguruskan geologi reservoir di bawah permukaan bumi. Kesemua maklumat

yang berkaitan termasuk seismik, sedimentologi, stratigrafi, struktur geologi, cirian batuan dan su...
Saved in:
Main Author: | |

Format: | Theses |
Language: | Indonesia |
Online Access: | https://digilib.itb.ac.id/gdl/view/20527 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Institution: | Institut Teknologi Bandung |
Language: | Indonesia |
Summary: | Model geologi berasaskan computer 3D statik merupakan gaya dan kaedah terbaru untuk menguruskan geologi reservoir di bawah permukaan bumi. Kesemua maklumat

yang berkaitan termasuk seismik, sedimentologi, stratigrafi, struktur geologi, cirian batuan dan sumber hidrokarbon boleh dihimpunkan dalam satu ruang kerja. Hari ini, persekitaran kerja yang lebih hebat membolehkan model geologi 3D statik dikongsi tanpa sempadan oleh ahli-ahli G&G dan juga kumpulan lain seperti jurutera reservoir, jurutera penggerudian, pengurus operasi dan ahli-ahli ekonomi. Walau bagaimanapun, beban kerja dan tempoh model geologi 3D statik mengambil masa yang lebih panjang berbanding perancangan asal. Ia seakan-akan 'tugas yang tidak berkesudahan'. Model geologi 3D statik sentiasa dikemaskini dengan data baru daripada telaga penggerudian terkini, maklumat pengeluaran baru dan 4D seismik yang baru. Kadangkala model ini tidak dapat dikemaskini menggunakan data terbaru seperti ulangan proses seismik disebabkan oleh tempoh program penggerudian ataupun kekangan projek lain. Walaupun projek boleh dikemaskini, masalah boleh berulang apabila terdapat data baru yang perlu dikemaskini selepas projek disemak dan diterima. Kajian ini memperkenalkan model pengemaskinian segera sebaik sahaja data baru diperoleh

seiring dengan operasi penggerudian. Kaedah ini berasaskan pempiawaian pengurusan data, aturcara penyediaan data yang berkesan, konsep geologi dan program yang mudah untuk mempercepatkan tugas pengemaskinian yang berulang-ulang sebaik sahaja data baru diperoleh. Tanpa kerja-kerja manual, model ini telah berjaya diuji dan tugas pengemaskinian kebanyakan mengambil masa kurang dari satu jam. Ia boleh dikemaskini semula setiap hari bergantung kepada ketersediaan data atau tafsiran baru. Model 3D statik pengemaskinian segera dianjurkan supaya digunakan seiring dengan model 3D statik sedia ada (yang kaku dan sukar dikemaskini) supaya dapat meningkatkan kesedaran awal mengenai peluang yang lebih baik dan mengelak risiko. |