Interaksi ujaran kanak-kanak menerusi elemen pendigitalan dalam penceritaan
Penerapan elemen penceritaan dan pendigitalan merupakan elemen yang menarik minat kanak-kanak terutamanya dalam aspek perkembangan interaksi sosial dan komunikasi. Hal ini juga bersesuaian dengan kehidupan berteknologi kini yang mengaplikasikan penggunaan teknologi dan digital dalam hampir kesemu...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/10138/1/8866-33382-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/10138/ http://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/750 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Penerapan elemen penceritaan dan pendigitalan merupakan elemen yang menarik minat
kanak-kanak terutamanya dalam aspek perkembangan interaksi sosial dan komunikasi. Hal ini
juga bersesuaian dengan kehidupan berteknologi kini yang mengaplikasikan penggunaan
teknologi dan digital dalam hampir kesemua pendekatan yang digunakan. Objektif kajian ini
ialah untuk membincangkan interaksi ujaran kanak-kanak sekolah rendah menerusi elemen
pendigitalan dalam penceritaan serta menganalisis interaksi ujaran kanak-kanak menerusi
elemen pendigitalan dalam penceritaan dengan menggunakan Teori Analisis Wacana (Brown
& Yule, 1983). Kajian ini dijalankan dengan melihat kepada interaksi ujaran yang dihasilkan
oleh kanak-kanak tersebut menerusi elemen pendigitalan dalam penceritaan dengan
mengaitkannya dengan teori yang berkaitan. Tiga orang kanak-kanak sekolah rendah berumur
tujuh tahun yang bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Serdang telah dipilih sebagai
responden kajian. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah pemerhatian, temu bual dan
senarai soalan. Manakala instrumen kajian ialah cerita binatang berbentuk digital. Interaksi
ujaran yang dihasilkan oleh responden dirakam dan didokumenkan dalam bentuk transkripsi
bertulis. Hasil kajian ini memperlihatkan bahawa terdapat elemen yang merangsang interaksi
ujaran kanak-kanak tersebut berdasarkan penerapan elemen pendigitalan dalam penceritaan
yang digunakan. Kanak-kanak dilihat lebih fokus terhadap kaedah pembelajaran berbantukan
komputer, mempamerkan kelakuan yang lebih aktif dan ceria, serta menghasilkan ujaran yang
bersesuaian dengan konteks dan kehendak kajian. Kajian ini diharapkan dapat membantu
dalam merangsang interaksi ujaran kanak-kanak yang bersesuaian dengan konteks mesej dan
perbualan yang dijalankan. Selain itu, kajian ini juga diharap dapat membantu dalam
perkembangan interaksi sosial kanak-kanak, bukan sahaja di sekolah malah dalam kehidupan
seharian. |
---|