Konsep ruang dalam Anggun Cik Tunggal: analisis semantik inkuisitif
Tamadun persuratan Melayu yang terbina seawal abad ke-16 mengetengahkan tradisi lisan dan tulisan melalui karya-karya bermutu tinggi. Karya yang banyak mengandungi maksud tersirat bertujuan bukan sahaja sebagai hiburan tetapi mengandungi kata nasihat dan falsafah untuk diamati oleh pembaca. Salah...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/10169/1/11368-43166-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/10169/ http://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/863 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Tamadun persuratan Melayu yang terbina seawal abad ke-16 mengetengahkan tradisi lisan
dan tulisan melalui karya-karya bermutu tinggi. Karya yang banyak mengandungi maksud
tersirat bertujuan bukan sahaja sebagai hiburan tetapi mengandungi kata nasihat dan falsafah
untuk diamati oleh pembaca. Salah satu aspek yang menarik adalah berkaitan dengan ruang.
Ruang adalah unsur penting yang boleh menjadi manifestasi kepada hubungan sosial, masa,
dan pemikiran. Ketersiratannya tergambar apabila penutur menggunakan leksikal tertentu
tetapi pada waktu yang sama dapat menjelaskan konsep ruang kepada pendengar. Selain itu,
ruang dalam masyarakat Melayu bukan hanya tertumpu kepada ruang fizikal semata-mata,
malah melangkaui ruang sosial dan ruang masa. Kadang kala, konsep ruang ini sering
berkongsi fungsi antara dua domain yang berbeza. Contohnya, konsep ruang fizikal yang
turut menjelaskan ruang masa. Artikel ini akan meneliti dan menganalisis ungkapan tersirat
dalam Cerita Anggun Cik Tunggal yang menyingkap konsep ruang khususnya ruang fizikal
dalam cerita lipur lara Melayu. Kupasan dan makna ungkapan tersirat ini akan dihurai
menggunakan pendekatan semantik inkuisitif. Analisis menggunakan pendekatan inkuisitif
yang menggabungkan data, teori, kognitif dan falsafah bukan hanya menyingkap
kebijaksanaan Melayu tetapi juga menyerlahkan akal budi Melayu yang menjadi budaya
dalam masyarakat Melayu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pemilihan ujaran implisit
yang wujud dalam Cerita Anggun Cik Tunggal mengaitkan ruang dengan kekuasaan, saiz
fizikal, kekuatan dan jarak secara mengufuk dan menegak. Penggunaan dan pemilihan
leksikal-leksikal ini juga menunjukkan kepekaan orang Melayu terhadap alam sekeliling
mereka. Menariknya, ruang fizikal dicerap secara halus dan seterusnya menjadi cerminan
pemikiran Melayu. |
---|