Konsep integriti dalam Organisasi Polis Diraja Malaysia (PDRM): satu tinjauan awal
Integriti merupakan satu nilai amalan yang amat penting bagi sesebuah organisasi dalam mencorakkan budaya organisasi supaya lebih berkualiti dan unggul dalam sistem penyampaian perkhidmatan sesuatu organisasi. Situasi ini juga tidak terkecuali kepada sektor perkhidmatan awam Malaysia terutamanya d...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
School of Social, Development and Environmental Studies, Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/10372/1/12x.geografia-jun16-megat-%20edam.pdf http://journalarticle.ukm.my/10372/ http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&item=2&thn=2016&vol=12&issue=8&ver=loc |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Integriti merupakan satu nilai amalan yang amat penting bagi sesebuah organisasi dalam mencorakkan budaya
organisasi supaya lebih berkualiti dan unggul dalam sistem penyampaian perkhidmatan sesuatu organisasi. Situasi
ini juga tidak terkecuali kepada sektor perkhidmatan awam Malaysia terutamanya dalam agensi penguatkuasaan
undang-undang negara seperti Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Sebagai sebuah pasukan keselamatan
negara, PDRM telah berusaha untuk meningkatkan dan memantapkan nilai integriti dalam kalangan anggota polis
demi memenuhi tuntutan masyarakat dan negara. Namun menurut laporan yang telah dikeluarkan oleh Biro
Pengaduan Awam (2014) dan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (2014) telah menunjukkan PDRM
memperoleh bilangan aduan yang tinggi daripada masyarakat berkenaan kemerosotan dalam sistem penyampaian
perkhidmatan iaitu melibatkan tahap integriti dalam organisasi PDRM. Kertas ini akan memfokuskan dua faktor
utama yang mempengaruhi integriti dalam agensi PDRM iaitu budaya organisasi dan integriti individu. Objektif
kertas kerja ini adalah untuk mengetahui bentuk-bentuk pemantapan integriti dalam kalangan anggota polis dan
faktor-faktor yang menjadi penyumbang utama kepada pelanggaran nilai integriti. Kajian ini menggunakan kaedah
kualitatif dan kuantitatif iaitu temubual berstruktur, soal selidik terhadap 760 anggota serta pegawai PDRM yang
sedang berkhidmat di Negeri Perak, serta kajian perpustakaan melalui buku dan jurnal. Dapatan kajian menunjukkan
terdapat percanggahan para sarjana dalam menentukan kedua-dua faktor tersebut terhadap tahap integriti anggota
polis. Namun begitu, faktor budaya organisasi dilihat lebih relevan dalam menjelaskan permasalahan integriti dalam
kalangan anggota PDRM kerana mempunyai pengaruh yang besar terhadap perubahan sikap dan perilaku. |
---|