Interaksi guru dan sikap pelajar Malaysia terhadap biologi: satu kajian perbandingan etnik

Pembangunan sumber manusia dalam Abad Duapuluh-satu tentunya berpasak kepada pendidikan sains yang berkualiti. Bagi sebuah negara yang ingin menjadi negara maju seperti Malaysia keperluan ini adalah mutlak dipenuhi. Kajian ini bertujuan untuk pandangan pelajar pelbagai etnik terhadap interaksi gur...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Wong, Ellis Siew Ting, Che Nidzam Che Ahmad
Format: Article
Language:English
Published: School of Social, Development and Environmental Studies, Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/10373/1/13x.geografia-jun2016-ellis-edam.pdf
http://journalarticle.ukm.my/10373/
http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&item=2&thn=2016&vol=12&issue=8&ver=loc
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Pembangunan sumber manusia dalam Abad Duapuluh-satu tentunya berpasak kepada pendidikan sains yang berkualiti. Bagi sebuah negara yang ingin menjadi negara maju seperti Malaysia keperluan ini adalah mutlak dipenuhi. Kajian ini bertujuan untuk pandangan pelajar pelbagai etnik terhadap interaksi guru dan sikap mereka terhadap Biologi serta menentukan hubungan antara kedua-dua pemboleh ubah ini. Reka bentuk kajian menggunakan tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik. Prosedur persampelan kelompok dua tingkat dilakukan untuk memilih seramai 300 orang pelajar Biologi Tingkatan Empat dari tiga buah sekolah menengah kebangsaan di daerah Bintulu sebagai sampel kajian. Pelajar-pelajar ini dibezakan kepada empat kumpulan etnik iaitu Melayu, Cina, Iban dan Bumiputera. Data-data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif, ujian korelasi Spearman’s rho dan ujian Kruskal-Wallis. Dapatan kajian melaporkan persepsi pelajar terhadap interaksi guru adalah bertahap sederhana, begitu juga dengan sikap pelajar terhadap Biologi. Ujian korelasi Spearman’s rho menunjukkan terdapat hubungan linear positif yang lemah antara interaksi guru dengan sikap pelajar terhadap Biologi. Dapatan kajian ini boleh dijadikan sebagai satu rujukan kepada para pendidik untuk menilai apa yang berlaku dalam kelas mereka dan menolong mereka membuat refleksi ke atas proses pengajaran dan pembelajaran yang dikendalikan kemudiannya menambah baik profesion perguruan mereka.