Memahami kepentingan karakteristik pelajar tahfiz terhadap pencapaian subjek hifz al-Quran

Karakteristik pelajar tahfiz merupakan aspek yang penting dalam hafazan al-Quran. Karakteristik yang merangkumi faktor demografi, faktor dalaman dan juga strategi pembelajaran tahfiz dikenal pasti mempunyai kesan terhadap pencapaian lisan (syafawī) dan bertulis (taḥrīrī). Justeru kajian konseptual i...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Intan Zakiah Jamaluddin, Munif Zarirruddin Fikri Nordin
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/10611/1/15661-43686-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/10611/
http://ejournals.ukm.my/jhadhari/issue/view/869
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Karakteristik pelajar tahfiz merupakan aspek yang penting dalam hafazan al-Quran. Karakteristik yang merangkumi faktor demografi, faktor dalaman dan juga strategi pembelajaran tahfiz dikenal pasti mempunyai kesan terhadap pencapaian lisan (syafawī) dan bertulis (taḥrīrī). Justeru kajian konseptual ini akan membincangkan perincian karakteristik pelajar tahfiz berdasarkan faktor demografi yang terdiri daripada jantina dan lokasi tempat tinggal. Manakala bagi faktor dalaman ialah berhubung dengan atribut nilai, jangkaan, afektif dan strategi pembangunan dalaman pelajar tahfiz. Strategi pembelajaran tahfiz pula dibahagikan kepada empat strategi, iaitu kognitif, metakognitif, pengurusan sumber dan strategi menghafaz al-Quran. Secara keseluruhannya, karakteristik pelajar tahfiz (faktor dalaman dan strategi pembelajaran tahfiz) selari dengan aspek kesediaan dan latihan dalam model Thorndike. Manakala pencapaian pelajar tahfiz berdasarkan penilaian lisan (syafawī) dan bertulis (taḥrīrī) adalah selari dengan aspek kesan dalam hukum Thorndike yang mengimplikasikan sebagai hasil dalam suatu pembelajaran. Penilaian ini juga selari dengan konsep talqin dan al-fahm dalam model al-Qabīsī.