Pendefinisian semula istilah tafsir ‘ilmi

Tafsir ‘ilmi ialah satu daripada aliran tafsir kontemporari yang mula ketara perbincangannya pada akhir abad ke- 19M dan awal abad ke-20M, khususnya dalam karya-karya ‘Ulum al-Qur’an, Usul al-Tafsir dan Tafsir al-Qur’an. Namun dari sudut definisi, para sarjana berbeza pendapat berkenaan tafsir ‘il...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nor Syamimi Mohd, Haziyah Husin, Wan Nasyrudin Wan Abdullah
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/10761/1/16924-53163-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/10761/
http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/896
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Tafsir ‘ilmi ialah satu daripada aliran tafsir kontemporari yang mula ketara perbincangannya pada akhir abad ke- 19M dan awal abad ke-20M, khususnya dalam karya-karya ‘Ulum al-Qur’an, Usul al-Tafsir dan Tafsir al-Qur’an. Namun dari sudut definisi, para sarjana berbeza pendapat berkenaan tafsir ‘ilmi. Kepelbagaian definisi ini memberi implikasi positif dan negatif terhadap penerimaan dan pemahaman maksudnya. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis istilah yang diguna pakai dalam tafsir ‘ilmi dan menilai semula definisi tafsir ‘ilmi yang dikemukakan oleh para sarjana. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian secara analisis kandungan. Data dikumpul melalui analisis dokumen terhadap kamus, kitab ‘Ulum al-Qur’an, Usul al-Tafsir wa Ittijahatuhu, ensiklopedia dan karya sarjana tertentu yang membincangkan istilahnya dari aspek bahasa dan istilah. Selanjutnya, data yang diperoleh ini dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian merumuskan definisi tafsir ‘ilmi ialah tafsir yang menjelaskan makna ayat-ayat al-Qur’an tertentu berpandukan penemuan sains moden yang sahih dan tetap berteraskan konsep sains tauhidik. Ayat-ayat al-Qur’an yang ditafsir bukan sahaja merangkumi ayat kawniyyat, malah termasuk juga ayat yang berkaitan pensyariatan hukum dan kesihatan. Selain itu, kajian mencadangkan terjemahan istilah tafsir ‘ilmi yang boleh diguna pakai dalam bahasa Melayu ialah tafsir sains tauhidik. Pemahaman terhadap istilah tafsir ‘ilmi amat penting bagi memastikan tafsiran yang dilakukan tepat dan tidak bertentangan dengan makna sebenar yang dikehendaki oleh ayat serta fungsi al-Qur’an sebagai kitab hidayah terus terpelihara..