Modal insan dan penemuan peluang keatas eksploitasi peluang keusahawanan di kalangan usahawan-usahawan luar bandar

Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka proses peluang keusahawanan luar bandar di Malaysia. Secara khususnya kajian ini cuba mengenal pasti hubungan di antara eksploitasi peluang keusahawanan, penemuan peluang keusahawanan dan modal insan usahawan luar bandar, dan juga untuk menentukan kesan lang...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abd Razak Ahmad, Mohd Hassan Mohd Osman, Kamariah Ismail, Wan Fauziah Wan Yusoff
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/10797/1/9243-43003-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/10797/
http://ejournal.ukm.my/pengurusan/issue/view/805
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka proses peluang keusahawanan luar bandar di Malaysia. Secara khususnya kajian ini cuba mengenal pasti hubungan di antara eksploitasi peluang keusahawanan, penemuan peluang keusahawanan dan modal insan usahawan luar bandar, dan juga untuk menentukan kesan langsung dan bersama modal insan keusahawanan ke atas eksploitasi peluang usahawan luar bandar di Malaysia. Untuk mencapai objektif kajian ini, tinjauan secara kuantitatif telah dijalankan ke atas 345 responden iaitu usahawan-usahawan luar bandar di Malaysia. Data yang diambil daripada kaji selidik telah dianalisis menggunakan SPSS versi 20 untuk analisis deskriptif dan SmartPLS perisian versi 2.0 untuk analisis inferensi untuk penerokaan hubung kait pembolehubah-pembolehubah yang berkaitan. Dapatan kajian ini mendedahkan bahawa adalah signifikan pada aras keertian 0.01 di mana, modal insan mempunyai hubungan yang positif dengan eksploitasi peluang keusahawanan dan kesan langsung kepada penemuan peluang keusahawanan. Rumusan kajian ini menyatakan bahawa modal insan dan penemuan peluang keusahawanan memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada penciptaan usahawan baharu dalam bidang keusahawanan luar bandar. Kajian ini memberikan sumbangan penting pada bidang keusahawanan luar bandar, terutamanya dalam bidang peluang keusahawanan di luar bandar.