Persepsi mahasiswa terhadap urusan pembelian atas talian
Pembelian atas talian semakin mendapat tempat di hati masyarakat di Malaysia khususnya mahasiswa. Berbanding pembelian secara konvensional yang memerlukan seseorang individu untuk hadir ke kedai bagi mendapatkan barangan, pembelian secara atas talian adalah lebih mudah dan menjimatkan masa kerana...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni, Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/10889/1/Artikel-3_Zaleha-Yazid_FEP.pdf http://journalarticle.ukm.my/10889/ http://www.ukm.my/personalia/publication-category/jilid-2/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Pembelian atas talian semakin mendapat tempat di hati masyarakat di Malaysia khususnya mahasiswa. Berbanding
pembelian secara konvensional yang memerlukan seseorang individu untuk hadir ke kedai bagi mendapatkan
barangan, pembelian secara atas talian adalah lebih mudah dan menjimatkan masa kerana segala transaksi
dilakukan secara maya. Kemudahan ini amat sesuai bagi golongan mahasiswa yang mempunyai kekangan masa
untuk keluar membeli-belah selain sifat semulajadi mereka yang inginkan sesuatu yang cepat dan senang. Namun
begitu terdapat juga risiko yang perlu diambilkira seperti barang yang diterima berbeza (saiz, warna dan kualiti)
daripada yang diiklankan, barangan tidak sampai setelah pembayaran dibuat, barangan yang sampai telah rosak
dan sebagainya. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti faktor yang mempengaruhi aktiviti pembelian
secara atas talian khususnya dikalangan mahasiswa. Kajian kualitatif menggunakan temubual separa berstruktur
telah dijalankan terhadap 30 orang responden yang terdiri daripada pelajar prasiswazah di Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM). Hasil kajian mendapati bahawa faktor kepercayaan dan risiko telah dikenalpasti sebagai faktor
utama dalam pembuatan keputusan golongan mahasiswa untuk melakukan pembelian secara atas talian. |
---|