Pengajaran dan pembelajaran hadith di Darul 'Ulūm Iḥyā’ 'Ulūmuddīn Alor Setar Kedah: keberkesanan, metodologi dan persepsi pelajar

Isu Pendidikan Islam (hadith) sentiasa mendapat perhatian dikaji penyelidik bidang pendidikan ekoran terdapat kelemahan dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Metod pengajaran tradisional sering mendapat kritikan daripada metod konstruktivisme disebabkan faktor gaya pembelajaran yang ti...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Qutrennada Rosli, Ahmad Yunus Mohd Noor
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11271/1/16351-61637-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/11271/
http://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/949
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Isu Pendidikan Islam (hadith) sentiasa mendapat perhatian dikaji penyelidik bidang pendidikan ekoran terdapat kelemahan dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Metod pengajaran tradisional sering mendapat kritikan daripada metod konstruktivisme disebabkan faktor gaya pembelajaran yang tidak kondusif dengan kemajuan semasa. Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan pengajaran hadith menggunakan kaedah syarah dan meninjau persepsi perlajar terhadap metodologi yang diimplementasikan dalam pengajaran hadith terhadap pelajar Thanawi dan Aliyyah di Darul cUlūm Iḥyā’ cUlūmuddīn Alor Setar. Metod kajian berbentuk kajian tinjauan jenis rentas silang (cross-sectional) dengan reka bentuk kajian kuantatif menggunakan soal selidik sebagai instrumen utama pengumpulan data. Teknik persampelan bertujuan (purposive) digunakan setelah mengenal pasti ciri-ciri sampel berdasarkan objektif kajian. Saiz sampel yang terlibat adalah seramai 5 orang guru hadith dan 60 orang pelajar Thanawi dan Aliyyah. Dapatan kajian mendapati guru menggunakan metod syarahan disamping kepelbagaian kaedah pengajaran guru hadith bagi menarik minat dan konsentrasi pelajar semasa dalam bilik darjah. Nilai min persepsi pelajaran terhadap metod pengajaran yang diimplementasikan oleh guru juga sangat tinggi menunjukkan sikap positif pelajar terhadap guru, malah membuktikan bahawa guru berjaya menarik minat pelajar dalam pembelajaran hadith. Kajian ini memberi implikasi kepada guru dan pelajar hadith Darul cUlūm Iḥyā’ cUlūmuddīn untuk mempertingkatkan kualiti dan inovasi P&P hadith.