Fonologi subdialek Pulau Pinang: satu kajian di Balik Pulau

Kajian ini dijalankan untuk menunjukkan inventori fonem yang terdapat dalam subdialek Pulau Pinang dan membandingkan proses-proses fonologi dalam subdialek ini dengan dialek Melayu Kedah standard. Kampung Sungai Burung, Balik Pulau di Pulau Pinang telah dijadikan sebagai kawasan kajian untuk meng...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ong, Su Teck, Nur Syahida Adilah Suri, Rahim Aman
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11443/1/14450-39838-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/11443/
http://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/809
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk menunjukkan inventori fonem yang terdapat dalam subdialek Pulau Pinang dan membandingkan proses-proses fonologi dalam subdialek ini dengan dialek Melayu Kedah standard. Kampung Sungai Burung, Balik Pulau di Pulau Pinang telah dijadikan sebagai kawasan kajian untuk mengutip data kajian ini. Kampung Sungai Burung merupakan kampung yang paling hujung sekali di Balik Pulau. Seorang wanita yang berumur tua, tahap pendidikan rendah, merupakan penduduk asal dan tidak pernah bermigrasi ke kampung lain telah dipilih sebagai informan. Ramai yang beranggapan bahawa subdialek Pulau Pinang merupakan salah satu variasi dialek Melayu Kedah, maka subdialek ini semestinya tiada perbezaan dengan dialek Melayu Kedah. Namun berdasarkan analisis subdialek ini, penyebaran konsonan dalam dialek ini berbeza sama sekali dengan dialek Melayu Kedah. Di samping itu, proses fonologi seperti proses peleburan segmen rangkap dan proses asimilasi nasal-obstruen dalam subdialek ini juga berbeza jika dibandingkan dengan ragam Kedah yang standard. Hasil kajian yang diperolehi ini diharapkan dapat membuktikan kepada khalayak bahawa subdialek Pulau Pinang mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri yang membezakannya daripada subdialek Kedah yang lain dan juga dialek Melayu Kedah standard.